Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+68
imam123
Hellghast
koboi_tua
sawi
MatchMaker
3vilngineer
kae
tabah
khairuddin_25
neology
smithmagge
mitutoyo
joejambul
fiza_cute
jemay
ztecon
Hiruka
putrilinz
TOYSЯUS
highlander
Razi_IBM
kindaichi_hajime
RAJA KAY
200
melor
zirbad
rusdi
belle
abg burger
daimon
fazrin
Nan
kmicaz
mastergie
need
amirul84
benchoz
deen83
♥♠♠♥
Apokalipso
gecko
zer0
DoomHammer
mattjack
xsan
hipstudenz
muraicherang
DRS
PuteriNurFarah
naqninetwo92
hampeh
szainizam
mon678
Datuk_Seri
loy_azloy
pekwan
sixx
Setsuna F. Seiei
Sir Pyan
sementara_waktu
adam78
baok
ogGy
lorfaz
PELUKIS
cisqo87
slaughters
mfaizal2008
72 posters

    PPSMI setuju atau tidak?

    Poll

    PPSMI

    [ 45 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Bar_left41%PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Bar_right [41%] 
    [ 64 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Bar_left59%PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Bar_right [59%] 

    Total Votes: 109
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Mon Mar 23, 2009 5:25 pm

    kmicaz wrote:hahah... xleh gak klu nk 2kar bahase melayu sbgai cth ..sy student elektronik ....
    bler b.i 2kar kpd b.m mmg ssh nk ingat ..contoh ....
    transformer( alat elektronik yg turunkan voltage) , jika kepada b.m die akan jd pengubah ...

    antara lain2 ...: voltan terkonduksi , pemuat , ingatan capaian rawak , cakera liut (kan lawak bunyinyer ) jd ...mmg spe2 yg dh jmpe mende 2 dlm b.i biarkan aje la ..
    dh mmg kte kne ikut ..klu rse nk ubah ..bnyk kne ubah ..buku pelajar u pun bnyk dr silibus org putih ...

    Untuk perhatian saudara, silalah semak di dalam kamus dewan terlebih dahulu.
    Perkataan transformer sudah pun diserapkan sebagai bahasa Melayu, boleh juga dikatakan sebagai alat ubah atau pengubah...
    Lagi, tak lawak pun perkataan cakera liut tu, ia juga bersamaan dengan disket...

    cuma saudara sahaja tak tahu atau buat-buat tak tahu...hati-hati lain kali, jangan cakap semborono sahaja...
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Mon Mar 23, 2009 5:38 pm

    loy_azloy wrote:
    fazrin wrote:

    so akan jadi, org miskin bertambah miskin & bodo, org kaya terus bertambah kaya & bijak (dan semakin bijak bersosial ikut budaya barat).
    yang bertambah miskin tu kalau kit asentiasa selesa berada di takuk lama,tak nak berubah,ambil yang jernih,buang yag keruh...BI ni bukan hanya untuk amik periksa sahaja,tapi untuk kehidupan selepas itu,kalau belajar tak berapa nak pandai tapi tau serba sedikit BI aku cukup respect!!!

    Tahu serba sedikit bahasa Inggeris pun saudara sudah kagum?
    Langsung tak mengagumkan bagi saya.

    Saya lebih kagum dengan tokoh-tokoh yang memperjuangkan bahasa Melayu yang mampu menuturkan lebih daripada dua bahasa. Bahkan gramatis dan tiada kesalahan tatabahasa. Mereka tidak pernah berasa bangga pun untuk menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu untuk membentangkan kertas kerja atau ditemu ramah melainkan situasi yang betul-betul memerlukannya. Kalau saudara mahu menguji mereka pun tiada masalah, boleh mencuba.

    Malangnya, orang-orang yang kononnya memperjuangkan PPSMI demi kemajuan bangsa itu, bahasa Melayu pun bercampur aduk dengan bahasa Inggeris, mohon izinlah dan banyak lagi...itu bahasa pasar namanya. Tatabahasa pun tunggang-langgang. Agaknya, ada tak calon pilihan raya yang menyokong dasar itu menyahut cabaran A. Samad Said untuk berkempen sepenuhnya dalam bahasa Inggeris? Rasanya akan jadi bahan ketawa. Itu pun masih tak faham-faham bahasa?
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Mon Mar 23, 2009 5:57 pm

    loy_azloy wrote:
    sementara_waktu wrote:jgnla amik konsep ' biar papa asal bergaya '

    biar tak pandai sekolah asal tahu cakap inggeris..... seriously...not good enough.....

    kerana sikap begitu.... org melayu terus ketinggalan..... dan semakin ditinggalkan

    after 51 years of independence......that's just sad man!!
    umumnye kita kena guna konsep tu tapi sedikit demi sedikit kita ubahlah dari konsep asal,ape susah?kita kena berani berubah,benda ni kesannya tak boleh sekejap je kita boleh nampak,ianya memakan masa,mcm meniaga juga mana ada yang boleh untung cepat dan lumayan,semuanya kena usaha bertahun2
    janganlah kita selesa ditahap yang lama,sedangkan Nabi cakap tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina...maknanya kita tak boleh rasa kita berjaya sedangkan kita berada di zon selesa,sedangkan banyak yang kita kena terokai,maka oleh itu kita kena berubah...apapun aku sokong PPSMI dgn harapan anak2 kita semua maju dimata dunia serta tidak melupakan adat resam dan bahasa melayu kita...

    Saudara,

    fahamkah manifestasi "Tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina" itu? Kenapa Rasulullah guna Cina, bukan India, Turki, mahupun Rusia?

    Sebabnya, ketika itu teknologi perang dan senjata dipelopori sepenuhnya oleh orang Cina. Disebabkan tiada negara yang berkemahiran untuk bidang itu maka disuruhnya Rasulullah kepada para sahabat supaya ke Cina untuk mempelajari ilmu-ilmu perang dan persenjataan. Supaya negara dapat bertahan daripada musuh dan strategi perangnya dapat dipelbagaikan. Bukan mengambil negara Cina sebagai perlambangan secara suka-suka tetapi ada maknanya.

    Para sahabat perlu faham dan belajar bahasa Cina dahulu sebelum mempelajari ilmu tersebut. Setelah menguasai bahasa Cina, maka baru mudah untuk mempelajarinya. Setelah tamat belajar dan pulang ke Tanah Arab, mereka mengajar penduduk tempatan untuk menyampaikan ilmu bukan dengan bahasa Cina walaupun fasih dan tahu bahasa Cina. Tetapi diajar, dicatat, didokumentasi dalam bahasa Arab. Jikalau tidak, macam mana rakyat tempatan nak faham, nak dapat ilmu.

    Samalah dalam konteks Malaysia. Kita belajar bahasa orang untuk mengambil ilmu dan teknologi mereka. Tapi bukan diajar kepada rakyat tempatan dalam bahasa orang. Macam mana ilmu tu nak berkembang kepada semua. Sebab itu, Sains dan Matematik mesti diajar dalam bahasa ibunda. Barulah orang-orang di ceruk, hulu, mahupun pedalaman dapat belajar ilmu yang sama seperti mana orang di bandar. Jangan didiskriminasikan dengan bahasa yang kononnya untuk orang maju. Maka, sampai satu masa kita dapat lahirkan tokoh-tokoh pemikir Sains dan Matematik Malaysia setanding luar negara. Ada rezeki, hadiah nobel pun tiada masalahnya. Mengerti?
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Mon Mar 23, 2009 9:52 pm

    Bukan Bahasa Malaysia tu Bahasa Melayu yang diselaraskan ke? Bahasa Melayu bukan ke merangkumi rumpun yang lebih besar seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Klasik dan bahasa-bahasa rumpun Melayu lain yang merangkumi dialek-dialek tertentu?

    Contoh dalam Bahasa Malaysia, kita menggunakan perkataan seperti "saya" dan "aku" sebagai panggilan diri sebab ia standard. Dalam konteks Bahasa Melayu pula kadangkala kita guna "hamba" (BM klasik), "ambo" (dialek Perak), "den" (dialek Negeri Sembilan), "koi", "kawe", dan lain-lain?

    Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu yang diselaraskan di Malaysia, seperti juga Bahasa Indonesia adalah Bahasa Melayu yang diselaraskan di Indonesia.
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Wed Mar 25, 2009 12:23 am

    senang takyah ganggu sains dan matematik ni, belajar dalam bahasa melayu atau bahasa apa2 le yg dipaham budak2 kat sekolah tu.

    tujuan utama ppsmi ni nak tingkatkan bi, sedikit pun tak hendah masa depan sains dan matematik. so apa kata kita ambik je pelajaran lain yg kurang kritikal mcm pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, pendidikan seni visual, pendidikan musik, kajian tempatan, kemahiran hidup.... hmm... banyak lagi yg boleh dijadikan BI tapi apsal sains matematik jugak jadi mangsa?
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by loy_azloy Wed Mar 25, 2009 8:27 am

    apa yang DRS pikirkan tu ada benar juga,aku sokong...
    avatar
    abg burger
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 161
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by abg burger Wed Mar 25, 2009 10:04 am

    perlu ambil tau, di sekolah cina ada pelajaran sains bahasa cina dan matematik bahasa cina.

    tujuan PPSMI bukan nak memahirkan bahasa inggeris, tapi pelajaran sains dan matematik itu sendiri.
    avatar
    rusdi
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 15
    Registration date : 25/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by rusdi Wed Mar 25, 2009 10:29 am

    erm.. ada kawan dlu masa SPM(kat kg la).. sains A1, math A1, but English D7(cukup2 makan je la).. ape jadi kalo masa tu Sains dan Math dalam BI?? bolehkan dia dapat sains dan math A1??

    aku bleh anggarkan dia just akan dapat D8 tak pun D7.. orang2 yg macam nie kita nak kene amik tahu.. bukan orang bandar.. English A1, but Math n sains D7, C.. tak kemana peginya.. just bleh la kerja sebagai help Desk.. keje tak tentu masa.. siang malam.. hehehe..

    korang pikir la sendiri.. tidak ada ruginya belajar math n sains dlam bahasa ibunda kita.. English adalah bahasa.. macam bahasa melayu.. dan bukan perkara yg merumitkan.. orang yg tak skolah pon leh cakap english dengan lancar jgk..

    tp aku sokong sgt subjek yg tak silap aku.. English for Science & Technology(mintak betulkan).. bagi la napas kat budak2 yg tak berapa reti english nie tahu pasal math and science.. jangankan sbb english.. abis langsung lingkup math ngan science dia..

    kalau nak buat PPSMI nie kat sekolah2 berasrama penuh ke.. sekolah2 budak2 pandai ke.. aku tak kesah la.. sbb mmg budak2 tu ada pickup utk belajar mende2 tu.. english adalah bahasa.. orang yg tak reti menulis pun lancar berbahasa english.. kalo korang tak caya.. korang cari pemandu pelancong.. sbb ada sedara aku ssorang tu.. sekolah sampai darjah 6 je.. tp speaking dia mmg cair.. suh tulih.. haram tak tau..
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Wed Mar 25, 2009 10:21 pm

    x bnyak aku nk terangkan. Kau tau 'BUAH KETEK' Ala yg orang cina gunakan utk buat kira2.
    coba kau tnyakan, brapa ramai org cina yg tau gunakan benda ni sekarang? Sedangkan alat ni lebih bagus dari mesen kira2. Tepat dan pantas!
    amirul84
    amirul84
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 60
    Age : 39
    Location : ~seremban~dublin~kl
    Job/hobbies : Engineer ~ Computer
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by amirul84 Wed Mar 25, 2009 11:38 pm

    muraicherang wrote:x bnyak aku nk terangkan. Kau tau 'BUAH KETEK' Ala yg orang cina gunakan utk buat kira2.
    coba kau tnyakan, brapa ramai org cina yg tau gunakan benda ni sekarang? Sedangkan alat ni lebih bagus dari mesen kira2. Tepat dan pantas!

    tu namenyer sampoa la sengal..asal ko pangil buah ketek.


    Last edited by amirul84 on Thu Mar 26, 2009 11:48 am; edited 1 time in total
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Thu Mar 26, 2009 12:53 am

    Sir Pyan wrote:Bukan Bahasa Malaysia tu Bahasa Melayu yang diselaraskan ke? Bahasa Melayu bukan ke merangkumi rumpun yang lebih besar seperti Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu Klasik dan bahasa-bahasa rumpun Melayu lain yang merangkumi dialek-dialek tertentu?

    Contoh dalam Bahasa Malaysia, kita menggunakan perkataan seperti "saya" dan "aku" sebagai panggilan diri sebab ia standard. Dalam konteks Bahasa Melayu pula kadangkala kita guna "hamba" (BM klasik), "ambo" (dialek Perak), "den" (dialek Negeri Sembilan), "koi", "kawe", dan lain-lain?

    Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu yang diselaraskan di Malaysia, seperti juga Bahasa Indonesia adalah Bahasa Melayu yang diselaraskan di Indonesia.

    Bahasa Malaysia bukan bahasa Melayu yang diselaraskan. Sebaliknya, tiada langsung istilah bahasa Malaysia yang dinyatakan dalam Perlembagaan mahupun sejarah. Yang ada, cuma pemimpin-pemimpin yang kurang mencerap isu bahasa Melayu ini yang kemudiannya mempopularkan isu ini tanpa sebab musabab, kononnya demi perpaduan negara. Walhal, bahasa Portugis yang digunakan di Brazil pun tidak pernah dikatakan sebagai bahasa Brazil kerana mereka tahu bahasa Brazil merupakan bahasa suku-suku kaum tertentu di sana manakala bahasa Portugis sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mereka.

    Berkenaan pandangan saudara Sir Pyan, saya cerakinkan kepada 2 perkara, iaitu faktor sejarah dan kepelbagaian ragam bahasa.

    Faktor sejarah
    Walaupun terdapat Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia dan Malaysia (MABBIM), kerjasama ketiga-tiga negara ini dalam isu bahasa Melayu tetapi sebenarnya, MABBIM lebih tertumpu kepada membina dan mengembangkan bahasa Melayu semata-mata. Cara ejaan, makna kata dan lain-lain lagi seumpamanya tidak diseragamkan kerana berlandaskan sosiologi sesebuah negara.

    Indonesia yang kita sedia maklum pernah berada di bawah penjajahan Belanda manakala Malaysia (British) sangat mempengaruhi suasana perkembangan bahasa Melayu di kedua-dua negara sehingga hari ini.

    Contoh:
    2 pemain badminton negara tewas pusingan awal
    bahasa Melayu Malaysia: tewas - kalah
    bahasa Melayu Indonesia: tewas - mati (!)

    Semasa Sukarno cuba menyatukan rakyat Indonesia demi kemerdekaan negara, konsep Pancasila diperkenalkan sebagai sebuah ideologi, Malaysia - Rukun Negara. Maka, tiada istilah orang Melayu, Cina, Jawa, Sumatera, Madura dan sebagainya pun - cuma yang ada adalah orang Indonesia. Begitu juga soal bahasa, sebenarnya bahasa Indonesia itu adalah bahasa Melayu Indonesia tetapi demi kepentingan politik dijenamakan sebagai bahasa Indonesia.

    Kami pemuda pemudi Indonesia bersumpah atas satu bahasa, bahasa Indonesia
    Kami pemuda pemudi Indonesia bersumpah atas satu tanah, tanah Indonesia
    Kami pemuda pemudi Indonesia bersumpah atas satu bangsa, bangsa Indonesia


    Sumpah pemuda pemudi Indonesia ini dijadikan sebagai revolusi kepada rakyatnya. Dalam erti kata yang mudah, yang ada cuma bahasa Melayu-Malaysia, bahasa Melayu-Indonesia, bahasa Melayu-Brunei, bahasa Melayu-Sri Langka dan lain-lain lagi.

    Kepelbagaian ragam bahasa
    Dalam ilmu bahasa, kepelbagaian ragam bahasa berlaku berdasarkan peristiwa, situasi dan masa. Terdapat bahasa kreol, bahasa pijin, bahasa rasmi, bahasa tubuh, bahasa isyarat, bahasa slanga, bahasa daerah, bahasa pasar dll. Bergantung kepada kita untuk mengaplikasikannya. Kalau situasi rasmi, mestilah perlu menggunakan bahasa baku, tiada kesalahan tatabahasa...sekadar contoh.
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Thu Mar 26, 2009 1:01 am

    amirul84 wrote:
    muraicherang wrote:x bnyak aku nk terangkan. Kau tau 'BUAH KETEK' Ala yg orang cina gunakan utk buat kira2.
    coba kau tnyakan, brapa ramai org cina yg tau gunakan benda ni sekarang? Sedangkan alat ni lebih bagus dari mesen kira2. Tepat dan pantas!

    tu namenyer sampoa la sengal..asal ko pangil buah tetek.

    Mana ada buah ketek...dalam kamus pun tak tersenarai...
    Mungkin bahasa daerah ni...
    zirbad
    zirbad
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 124
    Location : Shah Alam
    Registration date : 26/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by zirbad Fri Mar 27, 2009 5:00 pm

    Bagi aku, masing-masing ada pro dan kontra. Aku sebenarnya lebih suka kalau PPSMM Smile. Mantapkan lagi pengajaran BI dekat sekolah tu supaya BI bukan hanya dituturkan pada waktu subjek BI diajar. Tahu tak macamana konsep linguaphone, Dengar. Faham dan Cakap.(DFC) Konsep ni sebenarnya konsep yang kita gunakan sejak kita bayi lagi.

    Masa kita dilahirkan dulu, mana boleh cakap lagi masa tu. Tapi apa yang buat kita boleh dan tahu bercakap sekarang? kerana konsep DFC tu kita amalkan dari kecil lagi. Kita dengar apa yang mak dan ayah kita cakap dulu, lama-lama kita faham apa yang mereka cakap. Bila dah faham barulah kita praktikkan apa yang kita faham. "Mama". Biasanya itulah perkataan pertama kita semua.

    Tapi bila kita belajar BI. Konsep DFC itu tidak kita amalkan. Kebanyakannya konsep DF sahaja, konsep C tidak diamalkan. Itulah yang membuatkan walaupun kita faham BI, tapi bila disuruh bercakap, tergagap - gagap. Yang penting kena ubah sikap.

    Mungkin kerajaan dah mati akal bagaimana nak ubah sikap pelajar-pelajar(Melayu) di malaysia.

    Kesimpulannya aku sokong PPSMM Smile

    Off Topic:Dulu pernah guna software yang tukar windows xp ku kepada bahasa melayu sampaikan bila pergi CC/guna komputer makmal terpinga-pinga kejap sebab komputer diorang semua dalam BI. Satu perkataan baru aku belajar 'Search' = Gelintar
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Fri Mar 27, 2009 9:04 pm

    abg burger wrote:perlu ambil tau, di sekolah cina ada pelajaran sains bahasa cina dan matematik bahasa cina.

    tujuan PPSMI bukan nak memahirkan bahasa inggeris, tapi pelajaran sains dan matematik itu sendiri.

    salah tu, dari mana kamu boleh terpikir mcm tu? tak logik langsung
    avatar
    abg burger
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 161
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by abg burger Mon Mar 30, 2009 8:59 am

    DRS wrote:
    abg burger wrote:perlu ambil tau, di sekolah cina ada pelajaran sains bahasa cina dan matematik bahasa cina.

    tujuan PPSMI bukan nak memahirkan bahasa inggeris, tapi pelajaran sains dan matematik itu sendiri.

    salah tu, dari mana kamu boleh terpikir mcm tu? tak logik langsung

    Yelah, tujuan PPSMI bukannya nak belajar bahasa inggeris. Bahasa Inggeris tu cuma pengajaran secara tak langsung.
    Sains dan matematik ni dapat difahami secara mantap kalau diajar dalam bahasa inggeris, dalam konteks PPSMI.
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Mon Mar 30, 2009 8:53 pm

    Abis tu knape orang krajaan sndiri.............>Dua Wanita Umno bahagian mengesa kerajaan mengembalikan penggunaan bahasa ibunda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPMSI) yang diamalkan di sekolah-sekolah.

    Usul daripada Wanita Umno Ledang, Johor dan Kuala Langat, Selangor itu merupakan sebahagian usul pendidikan yang diterima tanpa bahas dalam perhimpunan Wanita Umno 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.Wanita Umno Ledang membuat gesaan itu dalam kerana perlaksanaan PPSMI di sekolah kebangsaan didakwa "melemahkan minat murid, terutamanya daripada kawasan luar bandar".
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Mon Mar 30, 2009 9:31 pm

    pekwan wrote:
    amirul84 wrote:
    muraicherang wrote:x bnyak aku nk terangkan. Kau tau 'BUAH KETEK' Ala yg orang cina gunakan utk buat kira2.
    coba kau tnyakan, brapa ramai org cina yg tau gunakan benda ni sekarang? Sedangkan alat ni lebih bagus dari mesen kira2. Tepat dan pantas!

    tu namenyer sampoa la sengal..asal ko pangil buah tetek.

    Mana ada buah ketek...dalam kamus pun tak tersenarai...
    Mungkin bahasa daerah ni...
    Memangle dlm kamus tiada. Tu sebabnya aku hitam kan perkataan tu!
    melor
    melor
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 51
    Registration date : 16/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by melor Thu Apr 16, 2009 2:13 pm

    tak payah di hapukan sebab bukan pe penting utk masa depan
    avatar
    200
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 45
    Registration date : 18/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by 200 Sun Apr 19, 2009 6:07 am

    abg burger wrote:
    DRS wrote:
    abg burger wrote:perlu ambil tau, di sekolah cina ada pelajaran sains bahasa cina dan matematik bahasa cina.

    tujuan PPSMI bukan nak memahirkan bahasa inggeris, tapi pelajaran sains dan matematik itu sendiri.

    salah tu, dari mana kamu boleh terpikir mcm tu? tak logik langsung

    Yelah, tujuan PPSMI bukannya nak belajar bahasa inggeris. Bahasa Inggeris tu cuma pengajaran secara tak langsung.
    Sains dan matematik ni dapat difahami secara mantap kalau diajar dalam bahasa inggeris, dalam konteks PPSMI.

    rasenye lagi tak paham blajar dlm bhs inggeris..
    pastu bile tak paham minat pun takde la..
    avatar
    RAJA KAY
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 1
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by RAJA KAY Mon Apr 20, 2009 12:49 am

    aku bukan cikgu sekolah, tp aku banyak wat tuition, dari darjah 1-tingkatan 5. dan aku memng sokong sangat kalau pengajaran matematik dan sains dikembalikan kepada bahasa melayu.

    pengalaman aku mengajar, anak melayu kita bukan lemah sangat m3/sc tp menjadi semakin susah bila pengajaran dalam b.i

    aku tak ada jalan lain utk selamatkan pelajar2 ni, aku akan ajar dorang dalam bm, sebab kertas soalan dwi bahasa, dan Alhamdulillah, keputusan dorang jauh lebih baik dari kwn2 yang belajar dlm b.i(di sekolah + tuition)

    keputusan sebegini, sepatutnya dipertimbangkan setelah mengambilkira dan meneliti keseluruhan level masyarakat. tak semua ibubapa mampu bayar guru tuition. tak semua yang mampu membantu anak2 dalam meyiapkan tugasan sekolah dalam b.i.
    bagi yang berpelajaran tinggi, berpendapatn tinggi, masalh sebegini ada jalan keluar, tapi bagi yang tak mampu??? RAMAI ANAK MELAYU YANG TERKANDAS, PUTUS HARAPAN dan MATI SEMANGAT.

    Percayalah, aku dah bercampur dengan pelbagai golongan dan keadaan ini yang pernah memaksa aku mengenakan RM15/bulan untuk 16jam M3 dan 16 jam sains..
    kindaichi_hajime
    kindaichi_hajime
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Number of posts : 1012
    Age : 40
    Location : KL
    Job/hobbies : Tengok bintang2..
    Registration date : 25/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by kindaichi_hajime Sat May 02, 2009 12:06 am

    pemerhatian aku..

    1.kembalikan dalam BAHASA MELAYU.
    aku bkn side mana2 parti..tp aku berckp bg pihak aku..
    aku dlu blaja dlm bm..ble kt u,aku xder prob pn memandangkan istilah sama cuma ejaan je berlainan..

    2.aku dapati rmai bdk2 skola rendah ni da x minat matematik n sains sbb b.inggeris.ini menyebabkan cikgu2 mengajar dalam bhasa melayu untuk membangkitkan semangat diorg..bg aku ppsmi ni tak dpt MEMBANTU PELAJAR MENGUASAI BAHASA INGGERIS tetapi cuma MEMBANTU PELAJAR BELAJAR MATEMATIK DAN SAINS DLM BHASA INGGERIS DI UNIVERSITI.perlu diingat,bukan semua jurusan di universiti ada subjek sains dan matematik.program2 sastera jauuhhhhh lebih byk daripada program sains yg dtawarkan.

    3.tadi aku terbaca ada forumer yg kata bm ni ciplak dari bhasa lain.tahukah anda SEMUA bhasa di dunia ni diciplak antara satu sama lain?sbnrnye kita dpt MEMPERKAYAKAN bhsa melayu kita melalui penambahan2 istilah sains.cuba fikir sejenak,suatu hari nnti anak2 kita kena buat satu karangan sains dalam bahasa melayu.macam mana?besar kemungkinan mereka AKAN MENGGUNAKAN BAHASA PASAR!..
    hal ini membantutkan perkembangan b.melayu.bahasa2 lain diseluruh dunia berkembang,tetapi tidak bahasa melayu?hurmm..



    cadangan aku..

    1.mantapkan modul b.inggeris tu sendiri! aku tgk kt skola kebangsaan,modul yg digunakan SAMA dari skola rendah smpai skola menengah..tak past tense,present tense..pastu ulang blk..dari darjah 1 smpai tingkatan 5...smpai aku langsung tak tau tahap2 yg aku da pelajari..huhu..

    2.
    Razi_IBM
    Razi_IBM
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Gender : Male Number of posts : 1062
    Age : 34
    Location : on dmz.hack me if u can.
    Job/hobbies : Saboteur
    Registration date : 14/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Razi_IBM Sat May 02, 2009 12:39 am

    aku sebagai pihak yang diajar dalam bahasa inggeris pulak..dan merangkap batch pertama ppsmi ni a.k.a. batch eksperimen..sokong ppsmi nih.

    kenapa orang2 yang yang tak terlibat(orang yang tak blaja mt&sn dalam bi kat skola dulu) nak bersuara bagi pihak orang yang blaja?kenapa sekarang baru nak bersuara?...dah berapa tahun dah...

    program ni tak ada yang tak bagusnya..zaman sekaarang siapa yang tak kuasai inggeris dia loser.tu la hakikatnya.
    kita kena terima hakikat.

    pihak ketiga akan membuat tanggapan belajar dalam bi akan hilangkan minat sebab bila tak faham=tak minat.
    tapi,..kalau anda yang barada di posisi pelajar,anda akan dapati tanggapan tu adalah tak benar sama sekali.
    tak ade benda yang tak faham(dari sudut bahasa).kalau tak tau meaning sesuatu tanya jela.content mt ngan sn tu tak berubah pun.
    lagipun sn&mt dalam bi tu tak beza mana la..tak sampai 20% pun dari bi yang kita belajar..
    tak pernah lak aku dengar ada orang concern dengan grammar untuk sn ngan mt nih...
    konsepnya senang je:pedulik la ayat tongang langang pon,janji boleh faham dah.kalau nak sibuk2 pasal grammar sn&mt bukan tempatnya.

    1.mantapkan modul b.inggeris tu sendiri! aku tgk kt skola kebangsaan,modul yg digunakan SAMA dari skola rendah smpai skola menengah..tak past tense,present tense..pastu ulang blk..dari darjah 1 smpai tingkatan 5...smpai aku langsung tak tau tahap2 yg aku da pelajari..huhu..
    kalau boleh belajar bahasa inggeris,apa masalahnya sn&mt dalam bi gak?
    belajar ialah dilligency matter.siapa malas dia bodoh dan sebaliknya.jangan salahkan medium pelajaran.
    dan...kenapa ada budak lain boleh berjaya?genetik dia bagus sangat ke?
    normal la tu benda basic.kena ulang2...benda tu la yang akan membentuk yang lagi advanced.
    dan..kalau buat soalan past tense tu untuk form 5,mesti masih ada yang salah lagi punya..gerenti...


    pengalaman aku mengajar, anak melayu kita bukan lemah sangat m3/sc tp menjadi semakin susah bila pengajaran dalam b.i
    pengalaman aku belajar...kami bukan lemah dan belajar dalam bi tak melemahkan kami.tapi cikgu tu yang gelabah,nak2 cikgu baru.gelabah punya pasal dia pun buat eksperimen sendiri,buat kelas dwibahasa.last2 kondem satu kelas.mana taknya;terms clash.taun depannya ganti cikgu lama, dia ajar ok je pakai bahsa inggeris je.dan hasilnya ok,bagus.kami dapat kejar balik apa yang tunggang langang taun sebelum tu.

    pemerhatian aku:
    cikgu2 underestimate pelajar2 dia.so, dia ajar stail low level a.k.a. stail tadika..dan pelajarnya pulak..jadik slow la jugak.

    --
    ni ialah pemerhatian orang yang belajar atau dalam kata lain pihak yang terima, kesan direct dari ppsmi nih.
    mungkin korang kata pendangan aku ni lamers je..sebab yela..pelajar kan..budak2...nonono...
    sebab apa aku kata ppsmi ni bagus?kalau korang semak keputusan subjek science kat mana2 u..
    batch mana lagi power?bukan nak kerek ke apa..tapi tu la bukti.
    lecturer bi aku sendiri cakap batch kami mempunya confidence yang jauh lebih tinggi dalam pelajaran bi;berbanding previous batch.atau dalam kat lain,tak slow.
    so,apa beza kami ngan batch sebelum2 ni?mestila pasal ppsmi tu.
    satu lagi advantage selain bm&sn yang lagi mantap:lebih familiar ngan bi.
    kindaichi_hajime
    kindaichi_hajime
    Ahli Rajin
    Ahli Rajin


    Number of posts : 1012
    Age : 40
    Location : KL
    Job/hobbies : Tengok bintang2..
    Registration date : 25/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by kindaichi_hajime Sat May 02, 2009 1:18 am

    jgn lupa bkn semua student sperti anda...
    anda bercakap semuanya berkisar menngenai diri anda. (anda,kelas,kwn2)..
    kenapa x berckp ntuk student laen yg failed truk dlm spm dlu?
    ada org yg memang dari kecik otaknya bgs,dan ada yg x..
    dan ya...mmg IQ byk dipengaruhi oleh genetik...
    kalau tak,x mungkin ada kelas yg dpanggil KELAS PEMULIHAN di sekolah.
    lihat sendri mcm mana pelajar2 yg brada di kelas tersebut belajar..
    ckgu ulang 400% kali pn blom tentu masuk otak..

    mcm Raja Kay yg jd cikgu,dier sendiri faham masalah pelajar...
    Dan aku tau,cikgu2 laen pn akan ckp menda yg sme dan mengalami pengalaman yg sme..


    program ni tak ada yang tak bagusnya..zaman sekaarang siapa yang tak kuasai inggeris dia loser.tu la hakikatnya.
    kita kena terima hakikat.

    smua org rasenyer terima hakikat ni.
    aku xrase ajar sains dan matematik dlm bi akan meningkatkan PENGUASAAN BAHASA INGGERIS.ia cuma meningkatkn PENGUASAAN ISTILAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS.
    avatar
    200
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 45
    Registration date : 18/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by 200 Sat May 02, 2009 1:03 pm

    bile bace poster ni, byk gak alasan yg boleh diterima..

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Risalah-anti-ppsmi-499x707
    highlander
    highlander
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 70
    Age : 67
    Location : Shah Alam
    Job/hobbies : Melabur
    Registration date : 27/04/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by highlander Sat May 02, 2009 5:06 pm

    SERIUS AKU TAK SETUJU!

    sebab:
    - cara nak belajar BI bukan pada math & sains,tapi pada BI tu sendiri!!
    - orang yang cakap BI tu terer sangat ke? member aku lidah dia dah cair kot cakap BI ni..tp math bape kali repeat ntah.
    - tak tau lak aku selama aku belajar math ngan sains dalam BI ni selama aku dok UIA ni improve aku nye speaking?


    lagi aku setuju ngan hujah2 kat atas..

    math and science learned trough understanding! not the language !!


    lain kali kalau nak power BI masuk kelas BI..BUKAN MATEMATIK ATAU SAINS!!

    Sponsored content


    PPSMI setuju atau tidak? - Page 6 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 10:56 am