Hihi. Kamu masih keliru apa itu keygen.
Keygen adalah singkatan kepada Key-Generator, iaitu fail yang dicipta untuk men"generate" kunci siri palsu untuk sesebuah perisian.
Pada asalnya kebanyakan keygen itu bukanlah virus, tapi ia kerap diselitkan bersama virus (virus tiada yang baik) oleh pihak tertentu.
Jadi, pendapat kamu yang mengatakan keygen adalah virus adalah tidak tepat.
-
Berbalik kepada topik kita, perisian antivirus terbaik berdasarkan pengalaman saya adalah Kaspersky, dan yang kedua terbaik adalah BitDefender.
Kaspersky mempunyai semua jenis kelebihan yang tidak disediakan oleh BitDefender dan antivirus lain, termasuklah Webmail Protection yang tidak terdapat pada BitDefender. Webmail protection adalah sangat penting memandangkan kebanyakan virus disebarkan melalui email. Selain itu, BitDefender tidak menyokong sistem operasi Windows 2000.
Akan tetapi, BitDefender berjaya menakluk tempat pertama carta antivirus terbaik kerana strategi menawarkan HARGA yang lebih murah berbanding Kaspersky. Dari segi keselamatan . . . tepuk dada tanya minda.
Kenyataan ini disuarakan berdasarkan pengalaman saya sendiri (bukan kerana mengikut kata rakan dan sebagainya), dan sedikit rujukan di http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/
Bagaimanapun ini hanya pendapat saya secara peribadi, dan saya akan hormat pendapat yang lain.
Program antivirus yang pernah saya cuba:
PC-Cilin (famous sekitar '97)
Norton Antivirus
AVG Antivirus
BitDefender
p/s: Jika ingin membincangkan perkara (keygen) ini dengan lebih lanjut bolehlah membuka topik baru, kerana saya khuatir akan mengganggu topik ini.
Sekian.