oleh kerana ingin mengekalkan status putera.com sebagai forum yang kekal tidak berbayar dan menitikberatkan perkongsian ilmu yang meluas, kami memerlukan sedikit lagi masa.
InsyaAllah, putera.com akan menjadi lebih baik dari sebelum ini..
tetapi janganlah sekiranya berlaku apa2 pada putera.com, ada diantara kita yang nak berpaling tadah ?
memang bukan senang nak handle forum dan bukan senang nak memenangi hati anda semua.
namun kami akan usahakan yang terbaik..
antara yang kami akan lakukan untuk memuaskan hati semua pihak ialah..
1) ruang inbox akan dinaikkan 100% dari jumlah sebelum ini dan akan meningkat lagi dalam masa akan datang.
2) ruang muat turun perisian percuma, contohnya sistem sistem terbuka dan sistem antivirus ciptaan user putera.com
3) sistem pengiktirafan untuk user terbaik secara bulanan. Ini bermakna setiap bulan, akan ada seorang user putera akan diiktiraf atas jasanya yang membantu user lain atau kerajinan user itu untuk membuat artikel dan sebagainya.
4) mirror sistem operasi sistem terbuka, antaranya yang akan dihostkan ialah ubuntu, slackware, bsd dan Centos. Jadi user2 putera dan user2 satu malaysia boleh muat turun sistem operasi ini secara terus dari server putera dan percuma.
5) Peraduan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk user putera.com
6) Blog @ putera.com, user2 akan dapat buat blog sendiri di putera.com.
7) lain2 akan diupdate kemudian setelah meneliti cadangan2 yang dikemukakan di forum sementara ini.
Harap semua bersabar la ye. InsyaAllah, yang terbaik cuba kami sampaikan.
Terus setia dengan putera.com.