by Sir Pyan Fri Mar 13, 2009 11:45 pm
Soalan ni kena clearkan dulu. Surah letak dalam handphone, maksudnya disimpan dalam handphone ke, atau surah sebagai ringtone? Kalau setakat simpan dalam handphone takde masalah. Aku pun ada simpan jugak tapi dalam MP3 player, kekadang dalam bas atau keretapi boleh dengar. Jangan pasang dalam tandas sudah ler.
Kalau digunakan sebagai ringtone, perkara ni dah jadi perbahasan sejak beberapa tahun dulu, dan ada pelbagai pandangan dikeluarkan, ada ulama kata haram, ada yang kata harus. Sebagai contoh di Arab Saudi penggunaan ringtone sedemikian diharamkan. Di Malaysia Majlis Fatwa mengatakan harus. Jadi di sini kita sebagai orang yang berakal kena ler menggunakan fikiran. Memandangkan penggunaannya ada kebaikannya juga maka sebagai Muslim kita sendiri pun kena ler beringat supaya mematikan nada dering tersebut ketika dalam tandas dan sebagainya. Sebenarnya bukan setakat nada dering saja, apa-apa saja pun benda berkaitan sebenarnya kena elakkaan dari tempat-tempat seperti tandas dan sedemikian. Ini melatih kita supaya bersikap berhati-hati, peka dan prihatin kepada tingkah laku dan persekitaran kita.