Keris Pendawa Lima ini mempunyai 7 luk. Keris ini berasal dari Jawa. Harga yang ditawarkan adalah RM 500. Saya mempunyai 20 bilah. Bilah yang seterusnya akan dijual pada harga RM 750 kerana kesukaran untuk di bawa masuk ke Malaysia. Kesemuanya mempunyai bentuk dan panjang yang hampir sama iaitu lebih kurang 47 sentimeter. Keris ini boleh dibawa bertempur. Sesuai bagi pesilat yang ingin memiliki sebilah keris untuk belajar atau majlis tamat. Keris ini mempunyai pamor yang cantik disamping mempunyai ukiran Gajah Mada ( lihat gambar 3 ). Harga adalah termasuk cas penghantaran. Sila hubungi saya jika berminat.
Keris ini bernama Keris Cembong Bugis. Mempunyai 7 luk. Hanya ada 2 bilah sahaja. Harga yang ditawarkan adalah RM 1200 sebilah termasuk urusan pos. Kedua-duanya mempunya bentuk dan panjang yang lebih kurang sama iaitu kira-kira 53 sentimeter. Juga mempunya ukiran Gajah Mada ( sila lihat gambar 3 ). Dan yang penting Pamornya amat-amat cantik. Keris ini merupakan keris tempur. Tetapi boleh juga dibuat perhiasan. Sesuai untuk pesilat-pesilat dan juga penggemar Keris. Jika berminat boleh hubungi saya. Keris ini juga sukar didapati.
Pedang Samurai Wafaq atau Pedang Kalimah ini saya baru perolehi dari Melaka. Mata pedang berwafaq di kedua-dua belah. Panjang pedang ini ialah hampir 0.9 meter. Harga yang ditawarkan adalah RM 1 500. Sila hubungi saya jika berminat.