by Datuk_Seri Thu Mar 19, 2009 1:10 pm
Assalamualaikum...
Pengiraan GPA dan CGPA bolehlah dikira camni...
Semester 1 | Nilai Kredit | | Pencapaian | Nilai | | Semester 2 | Nilai Kredit | | Pencapaian | Nilai |
Subjek A | 3 | x | 3.30 | 9.9 | | Subjek F | 3 | x | 2.00 | 6 |
Subjek B | 3 | x | 3.30 | 9.9 | | Subjek G | 3 | x | 2.00 | 6 |
Subjek C | 3 | x | 3.30 | 9.9 | | Subjek H | 3 | x | 2.00 | 6 |
Subjek D | 3 | x | 3.30 | 9.9 | | Subjek I | 3 | x | 2.00 | 6 |
Subjek E | 3 | x | 0 | 0 | | Subjek E(Ulang) | 3 | x | 4.00 | 12 |
Jumlah Kredit Dibawa semester 1 | 15 | | | 39.6 | | Jumlah Kredit Dibawa semester 2 | 15 | | | 36 |
GPA Sem 1 | 2.64 | CGPA Semua Sem | 2.64 | | | GPA Sem 2 | 2.40 | CGPA Semua Sem | 2.80 | |
Kita ambil pengiraan semester satu,
Nilai Kredit Subjek A akan didarab kepada gred yang kita dapat dan begitu jugak subjek-subjek berikutnya. Nilai-nilai yang telah didarab akan dicampurkan (39.6) dan dibahagikan kepada jumlah kredit yang dibawa waktu semester itu iaitu (15) dan kita dapat 2.64 untuk GPA. CGPA pun sama sahaja sebabnya masih lagi semester satu.
Untuk semester 2,
sama sahaja caranya dan dalam kes ini, pelajar ini telah mengulang subjek E yang dia gagal pada semester 1 dahulu. Nilai-nilai yang telah didarab akan dicampurkan (36) dan dibahagikan kepada jumlah kredit yang dibawa semester itu iaitu 15 dan kita dapat 2.40 untuk GPA. Berbeza lak CGPA sebabnya sekarang dia dah semester 2 dan markah-markah semester 1 juga perlu diambil kira. Oleh itu, mata terkumpul kedua-dua semester iaitu 39.6 + 36 = 75.6 dan dibahagikan kepada jumlah kredit yang dikira iaitu 15+12 = 27. 75.6 dibahagikan kepada 27 = 2.80 untuk CGPA. Saya mengambil 12 untuk pengiraan tersebut kerana nilai kredit 3 telah ditolak memandangkan nilai kredit tersebut telah berada dalam pengiraan untuk semester 1 kerana dia mengulang subjek E.