by sheikomatic Wed May 13, 2009 11:54 pm
Laptop yang dah memang pakai graphic card je boleh tukar..
1. Kalau yang pakai integrated graphic Intel GMA 3100, 4500, Ati Radeon 3200 memang tak boleh tukar. dipanggil integrated graphic.
2. Kalau laptop tu pakai NVidia 9100M G, 8200M G pun tak boleh tukar. Graphic ni soldered to mobo, dipanggil integrated chipset graphic.
3. Yang pakai NVidia 9200M GS, 8400M GS ke atas je boleh.. ATi 3450 pun boleh tukar. Yang ni dipanggil discrete graphic card.
Walaupun gc laptop tu boleh tukar, process nak tukar tu memang susah. Banyak komponen contohnya heatpipes, skru, metal holder kena bukak. Lagipun tukar gc ni void warranty.