by TOYSЯUS Fri May 22, 2009 5:51 am
Huhu mesti ada yang condemn nanti ni pasal buka topik camni.
Tapi bagi saya, tak kisah. Sebab saya pernah nampak sendiri. Mungkin betul mungkin tidak.
Nak cerita? Erm.. Dah tak ingat sangat. Lagi pun malas nak ingat. Mengganggu fikiran je nanti.
Dan kena kacau seperti tindihan tu dah lali. Tapi ada orang kata itu disebabkan otak berehat.
Yang tindihan tu kadang-kadang best, sebab menyenangkan untuk dapat tidur yang nyenyak. Hahaha.
Tapi sebelum tu elok la kita kenal apa itu hantu.
Ramai orang kata hantu tu tak wujud, rekaan orang Melayu je.
Tapi bagi orang yang betul-betul tahu apa itu hantu, mereka tak akan nafi hantu itu wujud.
So apa itu hantu?
Hantu sebenarnya jelmaan jin atau syaitan kepada objek berupa manusia, binatang, serangga, daun, batu dan sebagainya.
Benarkah jin dan syaitan boleh menjelma?
Kalau tak boleh, bagaimana pula Rasulullah s.a.w melarang seseorang membunuh ular di dalam rumah kerana ia dikhuatiti seekor jin?
Dalam perang Badar seekor syaitan telah menjelma menjadi Suraqah bin Malik.
Maka kesimpulannya benarlah jin dan syaitan boleh menjelma, tetapi sama sekali tidak boleh menjelma menyerupai Rasulullah s.a.w.
Benarkah jelmaan jin dan syaitan itu wujud? Ya.
Benarlah hantu itu wujud? Tidak? / Ya?
Jika Tidak, sila baca perenggan ke-dua baris ke-lima.
Zaman sekarang ramai kata benda-benda macam tu tahyul, mana ada lagi hantu zaman sekarang.
Tapi apa pun jin dan syaitan mampu nak menjelma sampai bila-bila dengan izin Allah.
;-)