Boleh nampak dia tenyeh kepala kat dada tu..
Apa yang dapat aku bayangkan, memang sangat menyeramkan la.
Kalau buat filem confirm kalah JPB..
Intel2Core wrote:aku pon nk share gak la cite antu..
Kejadian 1
hari : hjg mnggu
mase : lebih kurang kul 2 pg.
tempat : umah sewa kat kelantan (time stdy dlu)
time 2 biase la org br pas abis exam, confirm x tdo awl punye..yg ade kat umah 2 cume kami bertiga.yg len smue g pekena shisha..masing2 ade komputer,ape lg men dota la..tgh2 aku men,tibe2 aku dpt msj dr mmbr pompuan aku..die kate ade antu gula2 (bungkus) kat luar pagar umah kitorg.aku dah t'diam..ape kena die anta msj cam 2 kat aku?tibe2 aku rase meremang.gerak ati aku kate benda 2 mmg dah ade kat luar.aku srh mmber aku tgk kat luar pagar ade ape.mmber aku ckp mane ade pape kat luar 2.iye ker?pas 2 aku g la tgk sendiri..YA ALLAH..mmg sah benda 2 ade.x kan mmber aku x nmpk pape.aku pon pnggl yg lg sorg srh jenguk kat luar,die pon x nmpk.aku dah resah dah..tp aku ingt pesan ustaz aku,baca ayat nie klu jmpe benda yg bukan2..aku pon baca la ayat yg ustaz aku bg 2 smbil aku tenung benda 2..lame gak la dlm 5 mnit..bile tibe ayat yg last benda 2 terus ilang..
Kejadian 2
hari : malam jumaat (selang bape mnggu dr kejadian 1)
mase : 3 pg
tempat : umah sewa
time 2 smue x ngantok lg..kumpul la kat ruang tamu kat bwh..biase la bual2 kosong.tgh sedap2 berbual,tibe2 aku t'diam..aku ckp ngan mmber2 aku ade benda melompat2 kat belakang umah.mmber aku x p'caye..kbetulan aku ade mmber yg bleh "on-off" die punye hijab.aku srh die tgk..die ckp mmg btol..peerrrgghh...smue kat dlm umah 2 duduk x senang.aku ckp kat smue mmber2 aku g amik air sembahuang pas 2 bc yassin ramai2..smue kelam-kabut amik air sembahyang n yassin.abis jer bc yassin benda 2 dah ilang dah..
**moralnya kat sini,benda2 mcm tu mmg wujud cume x smue bleh nmpk.klu Allah berkata "Kun Fa Ya Kun" maka x mustahil akan berlaku..
??????????? wrote:Salam.
Ok ni aku ada pengalaman baru...err..agak mistik....tapi aku anggap je la ini satu ujian Allah.
So aku just nak share dengan korang especially yang berminat dengan cerita2 camni.
Then kalau nak percaya atau tak tu terpulang kepada kamu semua, sebab aku & family aku pun masih keliru..
Kitaorang nak percaya pun susah, tapi benda memang dah berlaku. Cumanya masa perkara tu berlaku kami semua tak perasan.
Part 1
Al-kisah nya semalam aku, mak aku, dan dua orang adik dia bawa seseorang (so kami berlima) pergi berjumpa seorang Ustaz di Sijangkang, untuk berubat secara Perubatan Islam. So proses perubatan tu ada la antara pukul 6.30pm sampai 7.30pm.
Then biasa la, dalam proses perubatan tu mesti pesakit akan meracau-racau, dan meronta-ronta. So aku, mak aku, dan dua lagi adik dia terpaksa la tolong ustaz tu pegang pesakit supaya dia terkawal semasa meronta-ronta tu. Selepas selesai tu, ustaz tu cakap benda tu dah keluar dari badan pesakit. Semuanya ada empat ekor. Huhu. Aku ni nak kata takut pun tidak, sebab dah lama sangat pesakit tu sakit, so kami pun dah biasa dengar benda2 macam tu. Cuma kena lebih berwaspada la, jin dan syaitan kan dah janji nak menyesatkan dan memecah belahkan anak Adam.
So sebelum balik, ustaz tu beri la kami beberapa doa untuk diamalkan supaya benda-benda tu tak dapat ganggu lagi (InsyaAllah).
Kalau ia nak ganggu pun ia tak dapat nak masuk rumah.
Part 2
Ok dah sampai rumah, kira-kira jam 9.00 lebih. Rehat2 jap.
Pastu aku pun macam biasa, masuk bilik, bukak laptop berPDC. Tengah semangat nak berPDC sebab pagi tadi (semalam) ada kes penipuan internet berlaku kat aku, so disebabkan tak sempat nak menulis waktu petang, aku pun tulis la malam tadi tentang kes tu. Time ni kejadian mistik belum berlaku. Then dalam pukul 11 camtu aku pun turun, nak tengok tv. Aku ingat lagi time tu cerita P. Ramlee Tiga Abdul kot kat Astro Prima.
Time ni la kejadian bermula. Aku tengok tv sorang2. Abang aku tengah siap2 nak main futsal.
Pastu tengah tengok tv, telefon berbunyi...ring ring ring, ku angkat ku tanya...siapa.
Oh pakcik aku rupanya. Dia dari Penang nak bermalam di rumah kami. So dia tanya mak aku buat apa.
Aku bagitau la, mak dah tidur.. Tapi kalau pakcik nak datang boleh jer.. Lagi pun mak dah pesan tadi pakcik memang nak datang.
Pastu pakcik aku kata dia pegi rumah makcik lagi sorang, tak nak ganggu kitorang. Aku pun cakap OK.
Then pun abang aku pun turun nak keluar, dia nak gi futsal.
Part 3
Keesokan hari (hari ni la, pagi tadi), pakcik aku datang bertiga, dengan anak dan isteri dia.
Masuk2 terus mak aku soal siasat "laa apasal tak masuk malam tadi.. orang baru je masuk tidur..".
Pakcik aku cakap "kitorang bukan tak nak masuk, dah siap parking lagi, tapi ketuk pintu kuat2 takde orang pun, rumah pun gelap. Tapi cantik sangat macam villa. Pastu kitorang telefon la, si za (aku) angkat cakap semua dah tidur.. kitorang tak jadi la singgah takut mengganggu lak".
Aku pun dah tersegan bila pakcik aku cakap camtu. Aku dah fikir bukan2 yang dia ingat aku tak nak jemput dia masuk ke apa.
Pastu aku pun teringat, time pakcik telefon tu, aku memang ada je kat bawah tu tengah tengok tv, dah lama dah. Abang aku pun nak keluar gi futsal.
Persoalannya, takkan aku tak dengar dia ketuk pintu? Takkan rumah aku gelap sebab aku tengok tv pasang lampu? Abang aku pun tak dengar sapa2 ketuk pintu. Time dia nak kluar pun takde sapa2 kat luar.
Kitorang dah pelik sesama sendiri bila aku terangkan macam tu.
Part 4
Pastu seorang lagi makcik aku (yang sekali ngan kitorang gi jumpa ustaz semalam) pun datang ngan family dia.
Datang2 kitorang pun bukak la cerita tadi. Semua pelik2 dan tertanya-tanya iyeke iyeke..
Pastu pakcik aku yang dari Penang tu cakap, lepas keluar dari rumah aku malam tadi, dia terus ke rumah makcik aku tu,
pun sama jugak, gelap, macam tak ada orang, masa tu pukul 12.30 la camtu. Pastu suami dia cakap "eh ada la, saya baruu je buang sampah kat luar kul 12.30 tu. Pastu tunggu la kejap kat tepi kereta kot2 korang sampai. Tapi tak sampai2 pun".
Huhh. Kepelikkan kami semua berganda, apa semua ni?
Last2 pakcik yang dari Penang tu bermalam la kat rumah makcik aku yang lagi sorang.
Nasib baik la adik beradik mak aku ada 3 orang duduk Shah Alam ni.
Kalau tak, pepasal je kena tidur hotel.
Pelik3..
Part 5
Pastu buka2 cerita, cerita punya cerita, mak aku bocorkan satu rahsia.
Pengalaman dia kat rumah kami ni. Dah lama la bertahun2 lampau, time tu kitorang kecik2.
Tapi dia rahsiakan je takut kitorang takut nak tidur bilik tu lagi.
Sekarang dah besar takde nak takut2 lagi dah, penampar Jepun se-das kena tak pasal2 kang.
Kisahnya, masa tu dia tidur dalam bilik adik-adik aku (dahulunya tu bilik aku ngan abang aku).
Pastu dia terjaga, nampak satu kotak bEsar sangat (besar dinding gak la kot), warna merah. Tak tau apa bendanya.
Tengok lagi sekali dah tak ada.
Then, adik aku pulak bocorkan satu rahsia. Sebenarnya ada satu masa tu, time dia tidur dia kena himpit (biasa la himpit2 ni).
Pastu time tu juga dia buka mata, dia nampak satu keranda warna merah dalam bilik tu. Terus dia tutup mata balik, takut, sampai tertidur balik.
Dia pun tak pernah cerita benda tu kat sesiapa sebelum ni.
Aku dah terkejut beruk! Aku pun angkat tangan untuk bercerita, sebab semua time tu tengah iyeke iyeke.
Ada satu rahsia yang aku tak pernah bagitau sesiapa.
Iaitu semasa bilik tu adalah bilik aku, pagi2 masa aku bangun tidur, aku juga pernah sekali ternampak benda yang adik aku nampak tu, keranda merah.
Terus aku tutup mata, pastu buka balik benda tu dah tak ada, then terus aku cabut lari turun bawah gi kat mak aku.
Tapi aku takde cerita apa2 la, sebab aku ingatkan tu aku mimpi je. Baru lah pagi tadi aku tahu benda tu bukan aku sorang je yang nampak.
Apa maknanya tu?
Jeng jejeng..!!
Itulah antara ujian Allah nak uji kitorang semua.
Yang penting sekarang, kita jangan takut benda-benda macam tu, memang kerjanya untuk menakut2kan kita.
Kalau kita takut, ketawa terbahak2 lah dia semua.
MalaYneuMaya wrote:assalamualaikum...
haha kisah ko diquote balik 11? tapi mmg menarik pon kisah keranda merah ko tu..skang ni apa crita..mmg dah ok 100% ke?
*aku asik pandang je bakul sampah aku tu..merah tu..jgn terapung kang dah la ye..
luqolas wrote:
kalo ko tenung bakul tu tetiber berkecai, bgtau katne ko tggal, aku nak nuntut ilmu ngan ko.... ngeh3!