Dulu aku selalu baca MalaysiaKini, dan juga CheDet, tapi sekarang masa agak terbatas untuk berada di depan komputer.. Jadi semalam aku lepak la kejap kat laman MalaysiaKini.. Cuba lihat artikel nih..
http://www.malaysiakini.com/columns/105923
Dan cuba kamu fikir dan tanya mereka yang pernah hidup pada zaman Jepun dan kemerdekaan.. (aku just tanya mak aku dan orang kampung)..
Dan apabila kamu baca artikel dari MalaysiaKini, jangan terus angguk dan percaya, tapi nilaikan sejauhmana logik dan kebenarannya.. Semua artikel politik mempunyai propaganda sendiri, tak kiralah Utusan atau MalaysiaKini..
Dua perkara penting berikut perlu dijelaskan. Pertama, dalam mana-mana perang sekalipun, tentu ada kematian dan kesengsaraan bagi kedua-dua pihak yang terlibat, cerita satu pihak saja tentu tidak adil kepada pihak yang satu lagi.
Padahal, dalam perang berjangka panjang seperti dalam perang anti-Jepun, perang pembebasan anti-British dan perang saudara selepas British meninggalkan negeri kita, jumlah kematian pihak PKM sebenarnya lebih beberapa kali ganda berbanding dengan jumlah kematian pihak British dan kerajaan Malaysia.
Di samping itu, beribu-ribu ahli dan penyokong PKM telah digantung mati, dipenjarakan, diseksa dan dibuang negeri. Rumah-rumah penduduk desa dimusnahkan, dan mereka dipaksa untuk pindah ke khemah-khemah tahanan (kampung-kampung baru) di merata negeri.
Kenapa kesemua pengorbanan dan kesengsaraan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKM dan penduduk-penduduk desa tidak disebut langsung oleh media-media arus perdana dan menteri-menteri berkaitan?
Yang kedua, kita perlu membezakan antara perang adil dengan perang tidak adil. Jelas sekali, perang anti-Jepun dan perang anti-British yang dilancarkan PKM adalah perang adil untuk mempertahankan negara dan rakyat.
Oleh itu, mereka adalah patriot tulen, jasa-jasa mereka yang membanggakan ini patut dicatat dalam buku sejarah di peringkat persekolahan kita. Mereka yang berperang sebagai proksi British tidak berhak untuk menuntut simpati daripada rakyat.
Mungkin kamu akan bertanya: kenapa PKM masih berperang selepas British meninggalkan Malaysia? Mereka sebenarnya terpaksa meneruskan perang kerana inisiatif mereka untuk mencapai perjanjian damai di Rundingan Baling pada 1955 telah digagalkan oleh penjajah British dengan meletakkan prasyarat PKM mesti menyerah diri.
Jawaban Chin Peng ialah: “Jika kamu menuntut kami serah diri, kami rela melawan hingga orang terakhir!” PKM padahal tidak meminta lebih daripada apa yang pernah Tunku Abdul Rahman tawarkan.
Saya petik daripada memoir Chin Peng yang telah diterbitkan:
“Memandang lurus merentangi dua meja, saya katakan, dulu Tunku pernah sebut jika perjuangan bersenjata kami dihentikan, parti kami akan diberi kedudukan setaraf agar kami dapat memperjuangkan kemerdekaan melalui cara perlembagaan. Namun syarat-syarat pengampunan sekarang tidak mengandungi perkara tersebut.” (alias Chin Peng, My Side of History, halaman 379)
Jadi, siapa yang harus disalahkan, Chin Peng atau Tunku?
Nampak tak unsur hasutan dalam artikel ini?.. Nampak tak cara
Lee Ban Chen memanipulasikan ayat dalam artikel dia?
Apa sumbangan Komunis pada kemerdekaan tanah air?.. Apa maknanya Komunis pejuang tulen dan yang lain talibarut British? Adakah dia bermaksud menyokong tindakan Parti Komunis Malaya? Adakah dia mahu menyalahkan Tunku Abdul Rahman? Adakah perjuangan Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan tak bernilai kerana dia "bersekongkol" dengan British?..
Ini semua memang motif politik yang sangat kotor.. Ada sesiapa menghidu kemungkinan
Lee Ban Chen mahu mendapatkan simpati rakyat pada Chin Peng dan "perjuangan" Parti Komunis Malaya? Ada sesiapa menghidu kemungkinan
Lee Ban Chen memberi gambaran seolah-olah Parti Komunis Malaya patut dibenarkan bertanding sebagai parti yang sah? Adakah kita mahu semua itu berlaku?