by mitutoyo Sat Jun 06, 2009 1:17 am
Chin Peng?dia nak balik?balik la,,kn dulu waktu PKM dh dibubarkan,mmg Chin Peng demand nk mcm2,so kedua-dua pihak tidak setuju.Antara yg ditawarkan Chin Peng dibenarkan pulang ke Malaysia,namun ideologi dan kefahaman beliau harus ditinggalkan.
Bagi aku,aku bersetuju dia nak balik Malaysia,sebab dia pun rakyat Malaysia.Biarkan perlakuannya dulu,benda sejarah.Bagi dia mulakan hidup baru,Pihak kerajaan boleh letakkan dia dalam tahanan rumah buat sementara,step by step,bagi dia laporkan keadaan & perkembangan semasa pada pihak polis secara berkala macam bekas penagih tuh.
Tak salah kita bersikap terbuka dan bermuhibbah.Kita bg peluang pada dia dan rakan2 yang lain.PKM juga sebahagian dari usaha untuk membebaskan Tanah Melayu walaupun ideologinya tersasar dan keras.
Soal pejuang dulu2,tetap kita kenang dan hargai,sebagai orang islam,tak sepatutnya kita bermusuhan.Kita berserah pada Allah yg maha esa,tapi seharusnya tetapkan syarat dan kaedah yang sesuai dengan keadaan,supaya Chin Peng ini pulang dan patuh pada peraturan Malaysia seperti mana rakyat yang lain.
Tangisan pejuang dahulu tetap kita kenang dan hargai,tak perlu kita terbawa-bawa dengan emosi dan dendam pada Chin Peng.
Benarkan dia balik dan DAKWA Chin Peng sepertimana musuh negara yang lain.
Kita tengok pejuang mana sekalipun(tak kira ekstrimis sekalipun),dia tetap mahukan pulang ke negara asal.Akhiri hayat disini.
Sejarah Malaysia?hehehhe.,.,banyak yang ditidakkan demi kepentingan pihak tertentu.Parti yang berusaha menuntut kemerdekaan adakah hanya PERIKATAN?bgaimaa parti yang lain dan juga diketuai oleh arwah Burhanuddin Hilmi?Shamsiah Fakeh?adakah mereka pengkhianat?ataupun pihak pembangkang Perikatan?jom kita bahas dan kemukakan bukti serta sumber yang ada.
British dahulupun mempunyai kepentingan sekalipun mahu memerdekakan tanah Melayu.Semestinya mereka mahukan pihak yang mereka rasakan boleh bekerjasama.
kalau kita tonton HATI MALAYA,filem yang bersumberkan bahan sejarah dari ARKIB NEGARA,ternyanya hanya menonjolkan PERIKATAN yang hanya berusaha memerdekakan Tanah Melayu,Hussain Onn sebagai sensetif dan juga belot pada Malayu,kerjasama parti lain dan tokoh2 seperti HS Lee,Sambathan,EEC Tulasenggam(lebih kurang,kalo salah betulkan)hanya kalah satu kerusi daripada keseluruhan piliharaya pertama.
Kesilapan pemerintahan dahulu,hanya mementingkan kepeentingan peribadi,mengakibatkan kita dijajah,penjajah dengan alasan yang mudah memulakan langkah awal penjajahan mereka.
Seharusnya DARI KESILAPAN KITA BELAJAR,bukan BELAJAR DARI KESILAPAN.