by DRS Tue Mar 03, 2009 1:11 pm
mungkin itu cuma estimation dia berbanding dengan kes2 yg tidak dilaporkan atau tidak dikesan. tapi penyakit2 mental ni bergantung juga dgn faktor kebiasaan dan budaya sesuatu masyarakat atau pemikiran individu. contoh suatu perlakuan pelik seseorang yg waras dgn tahu sebab perbuatannya mungkin masih dipandang pelik oleh org lain, atau suatu perlakuan tidak betul dalam sesuatu masyarakat mungkin adalah perkara normal dalam suatu masyarakat di tempat yg lain.
kalau kita lihat umur yg dijelaskan oleh Prof Hussein, umur tersebut adalah umur org baru masuk kerja. mmg ramai kita lihat lelaki lebih awal bekerja, manakala perempuan sambung belajar lebih jauh lagi. penyakit mental banyak kaitannya dengan stress kerja, atau stress tak dapat kerja, kesimpulannya duit ler.
lagi satu masalah kita org melayu pandang serong kat pesakit mental. mengatakan bagai seseorang itu karut le, hantu le, syaitan le, malah movie2 juga menunjukkan situasi negatif terhadap hospital sakit mental ni. mungkin bagi ramai kita org melayu cuma memandangkan yg sakit mental tak mungkin berlaku kat kita org islam, cuma org kapir dan org tak kuat iman je boleh dapat sakit mental, tapi ini salah. ada banyak benda yg boleh efek kat otak, secara kemistri dan sebagainya, so tahan2 le dari hantar mereka2 ni jumpa bomoh pawang, syirik tuh. antara pesakit mental yg ramai org melayu ni adalah penagih dadah. dadah yg digunakan mereka itu boleh memberi efek dan merosakkan otak ke tahap seseorang tu sakit mental. bukan penyalah gunaan dadah je, ada juga org yg kena strok salur darah ke otak terganggu dan ini juga boleh menyebabkan masalah mental. apa pun, benda2 ni telah disokong secara saintifik, namun begitu untuk seseorang doktor psikiatry melabelkan seseorang tu menghidap sakit mental masih subjektif. saya percaya separuh dari 270,000 yg dianggarkan itu pun tidak perlu rawatan khusus dan biasanya pulih sepenuhnya selepas stressor atau benda2 yg buat stress tu sudah tidak ada atau pesakit sudah biasa menghadapi stress tersebut.
sori le tulis panjang2, taknak baca pun takpe. pada yg baca, terima kasih kerana membaca