by TOYSЯUS Tue Jun 16, 2009 10:13 pm
Yang penting jangan hantar kedai sebelum format.
Saya pun format hp semalam sebab message tak cukup memory nak SEND. Walaupun simpan mesej dalam mmc.
Mula-mula download PC Suite. Kemudian Transferkan semua gambar / videos dari hp tu ke PC.
Kemudian buat backup untuk Contacts, Calendar, Notes dan Messages.
Kemudian buat full format hp memory (bukan format memory card tau).
-
Selepas format hp, tengok memory hp tu dah jadi banyak tak.
Lepas tu, restore semula Contacts, Calendar, Notes dan Messages dari PC ke hp.
RM40 = Format hp Nokia kat kedai hp = Off hp > Tekan tiga key ni serentak: "hijau (panggilan)", "3 (nombor 3)" dan "* (bintang)" > Sambil jari masih tekan semua key tu, on hp, bila hp dah menyala baru lepas key. (pastikan bateri HP dah dicas / sambungkan wayar pengecas semasa proses format).