by TOYSЯUS Wed Aug 12, 2009 7:33 pm
Hm.
Aku rasa emosi kita membaca berkait rapat dengan kata ganti diri yang kita guna semasa menulis, especially kau-aku dan saya-kamu/awak.
Masa aku mula2 join PFC, aku berazam untuk tidak menggunakan kata ganti diri kau-aku.
Aku nak guna saya-kamu tak kira lah orang nak kata aku skema, nerd, poyo dan sebagainya yang boleh diklasifikasikan sebagai underestimation.
Tapi, bila dah kenal beberapa orang "gila-gila" dalam PFC ni, aku pun mula berjinak-jinak dengan kau-aku.
(Of course lah di dunia nyata sesuai guna "kau-aku" tapi kita boleh buktikan bagaimana emosi yang nak disampaikan dalam sesuatu mesej, adakah mesej kita tu berbentuk humor, classic, kejam, garang, marah. Ahaha).
Cuba baca ni,
1.
"Eh ko nak pergi mana?"
"Suka hati aku la nak pergi mana. Ko ni sibuk je lah."
2.
"Eh kamu nak pergi mana?"
"Suka hati saya la nak pergi mana. Kamu ni sibuk je lah."
3.
"Eh kamu nak pergi mana?"
"Suka hati aku la nak pergi mana. Ko ni sibuk je lah."
4.
"Eh ko nak pergi mana?"
"Suka hati saya la nak pergi mana. Kamu ni sibuk je lah."
-
Antara 4 contoh perbualan di atas, mana satu yang berbunyi lebih kepada humoristic, dan mana satu lebih kepada emosionalistic? <-- ada ke 2 perkataan ni?
Aku punya analisis:
1- Soalan emosi di jawab emosi. <-- 3rd party (pembaca) juga akan terasa betapa emosionalnya mereka.
2- Soalan sopan di jawab sopan <-- 3rd party akan rasa mereka takde apa-apa konflik dalam perbualan tu.
3. Soalan sopan di jawab emosi. <-- 3rd party akan rasa soalan dah ok dah, tapi jawapan tu emosi plak.
4. Soalan emosi di jawab sopan. <-- 3rd party akan rasa kerek punya soalan, nasib baik yang menjawab tu penyabar.
Hm, so.
Aku rasa sekiranya kita berdepan dengan orang-orang emosi ATAU sekiranya kita membaca sehingga terterbitnya rasa tidak senang dalam hati, elok la kita guna no. 4.
Kalau boleh kita elakkan guna no. 1 sebab itu akan memparahkan lagi suasana tegang.
Etika berforum yang sangat tersanjung adalah no.2. Bayangkan la betapa amannya forum kalau semua orang guna saya-kamu. <-- haha asal aku rasa lawak line ni.
Aku rasa takkan terbit rasa tegang dalam mana-mana topik kalau no.2 tu jadi amalan. Nak marah pun rasa tak jadi, sebab orang tu cakap
baik-baik takkan kita nak melenting tiba-tiba, jadi macam no.3.. Kan tak elok tu.
Tapi, mungkin dalam ruangan Sembang boleh la diamalkan kau-aku tu.
Sebab mostly dalam forum Sembang tu kita akan bergelak-gelak, I mean, happy-haru.
So sedang berhappy-haru takkan nak formal plak kan. Huhuhu.
Hm, ada lagi, tapi, nanti la.. Nak main speedtest ni. Khokhokohh.