aiceh..nk topupkn yg cun jer...
siap wat muka tebal lg nk sms selalu...
ayoi wrote:cun giler ...hehe kalau perangai cam hampeh x guna... masa muda betul la x kisah.. cintan punya pasal
kawen je anak 3... cun giler mana pun leh cerai berai....
tengok artis je lah.... ober C ngan tempatan...
ayoi wrote:cth cerpen bab agama
- Spoiler:
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
Jedi wrote:'Assalamualaikum' jer.
Dia nak ajak chat la tu.
4.30 petang dia SMS...lepas Isyak baru aku reply
Aku tengah joging petang tu.
Tak lama SMS sebab kredit dah kurang katanya.
Dia: 'Sorry,tak dapat SMS banyak sebab kredit dah kurang. Bye.Assalamualaikum'
Jedi:'Take care. Babai. '
Lupa lak nak taip 'selamat malam'.
Besday dia Januari depan.
Aku nak hadiahkan buku solat
Aku dapat maklumat dari sistem ofis aku...hehe...
Subuh tu nak SMS 'Selamat Hari Lahir'.
Moga2 hadiah tu sampai hari yang sama.
Ini semua planning jer...kalau diizinkan Nya.
Apa pun, kalau gagal dalam pencarian cinta...move on.
Cari yang lain...yang lebih baik.
p.s: Allah cinta yang #1. Selamat la.
ayoi wrote:hehe jgn buku solat je.. terasa budak tu.. walaupun niat baik tapi hati kena jaga....
lampir sekali ngan buku doa dan cerpen bab agama....
cth cerpen bab agama
- Spoiler:
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.
Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.
Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.
Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.
Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.
"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.
Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"PERJUANGAN, " jawab Syazni.
Falcon wrote:Apa jadi kat fulanah?? X menyesal ke apa ke?? Sambung la lagi...
Falcon wrote:fuhh... boss kamikase... ko nie mcm pakar baca psychology la... mcm pakcik aku (dia businessman HPA) selalu cakap: "Read between the lines".

Jedi.. ko tgh progressed dgn baik nih..
Just nak tanya.. ko mmg serious berminat dgn dia ke?
Try bangun pagi-pagi pukul 5 buat tahajud. Orang kata doa time ni potensi makbul di dunia tu tinggi. Insya'allah Tuhan akan beri petunjuk dan menyatukan ko dgn dia.. kalau itu baik buat ko.
kamikase30 wrote:@falcon
Banyak juga ye kau memerhati people.. ko ni memang minat memerhati people ke???
kamikase30 wrote:
@To All
" Please jangan ada niat untuk 'mengubah' people, yang terbaik adalah berpesan supaya people itu berubah "
Yang utama untuk guide people adalah untuk mengubah diri sendiri,
untuk orang lain kita hanya mampu berpesan, orang itu berubah or tidak itu urusan Dia swt. Hidayat HANYA datang dari Dia swt.
kalau u all suka kat seseorang (awek) dan ada niat untuk buat orang itu berubah u akan down.
kalau aku tanye betul ke u nak kawin dengan dia?????
aku tak yakin jawapan u 100%.. a'm i right??? u just terpikat dengan rupa paras kan??
Yang terbaik:-
1. Lihat Agama
2. Lihat x
3. Lihat X
4. Lihat X
see??? aku letak Agama yang pertama, kalau aku tanya sekali lagi u suka girl itu sebab apa????
mesti sebab 'x' kan???
perhubungan macam ini kurang keberkatan.. bro, lihat agama dahulu..
"Isteri" -
Wanita yang bergelar isteri ini memang kadang-kadang (pada awalnya) tidak begitu cantik..
But, believe me, wanita yang bergelar isteri akan menjadi semakin cantik, semakin cantik, dan semakin cantik..
Pilihlah agama yang teratas..
Blessing kecantikan isteri datang dari Dia swt..
Dia swt akan 'buka' kecantikan itu setelah kamu sah sebagai suami isteri..
Banyak kes lelaki yang kuat beramal 'down' kerana wanita.. kerana kecantikan..
Falcon wrote:kamikase30 wrote:@falcon
Banyak juga ye kau memerhati people.. ko ni memang minat memerhati people ke???
huhu... lebey kurang la.
Aku suka study psikologi someone tuh and state of mind dia bila dia buat atau melakukan sesuatu. Supaya aku faham background thinking yg bermain dalam minda dia waktu tuh. kadangkala aku study background thinking aku sendiri..contohnya bila aku minat pada sesuatu mcm pakaian or kereta ke.. aku akan fikir balik.. apa perlunya dan kenapa aku perlu benda tuh?
Bagus ilmu mcm ni.. kita boleh belajar banyak dari pengalaman orang lain yg otherwise hanya outer layer jer yg kelihatan..kita sebaliknya nampak dgn inner layer sekali.
Aku ni patutnya amik bidang berkaitan psikologi...tapi ada la silap sikit masa SPM dulu.. dah x dapat dah
Falcon wrote:kalau jenis x sembahyang ni bahaya skit jedi..
bukan apa.. ada gak situasi mcm ni dikalangan rakan aku... si mamat ni rajin sembahyang berjemaah.. x penah tinggal sembahyang jemaah di masjid. Demam pun dia cari masjid gak. Pastuh dia minat ngan sorang perempuan free hair ni (mmg cun gila + putih melepaknya mcm YoonA SNSD tuh aku tgk).
Tapi minah tu x berapa menjaga ibadat ni.
Mula2 tuh member aku tuh cakap dia akan tolong minah ni sampai berubah... supaya minah ni jadi alim. Memula tuh tgk mcm tu la effort dia.. mmg bagus.
2 bulan spas tuh mula ada side effect. Si lelaki nih mula jarang berjemaah kat masjid... kalau biasa waktu zohor dan asar tu dia tinggal kerja pergi cari masjid (and masjid boleh tahan jauh gak dari tempat dia kerja).. dia cuma jaga isya' dan subuh jer jemaah.
pastu nampak dia mula sembahyang lewat.
Last-last dia jadi mcm perempuan tu sekali.. sembahyang asar pukul 6.50. Sembahyang maghrib pukul 8 lebih. Semua jenis akhir waktu punya. Sedey aku tgk...
Ko kena cautious dalam hal ni. Mmg baik kalau niat ko nak cuba bimbing dia... tapi pastikan pulak semangat ko kuat.
Aku boleh bagi ko satu situasi... ko tgk wayang dgn minah ni. Waktu jam dah pukul 4. Asar masuk 4.30. Minah tu teringin sgt nak tgk filem 2012 start pukul 4.20. Kalau x tgk haritu mungkin x dapat tengok dah... tapi kalau ko pilih tgk filem tuh.. ko sempat sembahyang Asar tapi pukul 7 la.
Dilema ni... filem dan sembahyang lambat atau sembahyang awal... tinggal girl tu sorang-sorang masuk wayang dulu dan ko menyusul kemudian. Nampak biasa but some girls akan kecik hati seminggu kerana ditinggalkan masuk wayang dulu mcm tu jer.
Perkara mcm ni yg jadi kat member aku tuh. Lama2 dia terlatih untuk sembahyang lambat.. dah biasa.. so dia pun dah mula liat nak pergi masjid sembahyang jemaah dan awal waktu.
Hati-hati sikit dalam approach ko Jedi...