Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+68
imam123
Hellghast
koboi_tua
sawi
MatchMaker
3vilngineer
kae
tabah
khairuddin_25
neology
smithmagge
mitutoyo
joejambul
fiza_cute
jemay
ztecon
Hiruka
putrilinz
TOYSЯUS
highlander
Razi_IBM
kindaichi_hajime
RAJA KAY
200
melor
zirbad
rusdi
belle
abg burger
daimon
fazrin
Nan
kmicaz
mastergie
need
amirul84
benchoz
deen83
♥♠♠♥
Apokalipso
gecko
zer0
DoomHammer
mattjack
xsan
hipstudenz
muraicherang
DRS
PuteriNurFarah
naqninetwo92
hampeh
szainizam
mon678
Datuk_Seri
loy_azloy
pekwan
sixx
Setsuna F. Seiei
Sir Pyan
sementara_waktu
adam78
baok
ogGy
lorfaz
PELUKIS
cisqo87
slaughters
mfaizal2008
72 posters

    PPSMI setuju atau tidak?

    Poll

    PPSMI

    [ 45 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Bar_left41%PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Bar_right [41%] 
    [ 64 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Bar_left59%PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Bar_right [59%] 

    Total Votes: 109
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Tue Mar 10, 2009 8:14 pm

    saya tidak setuju
    mungkin dalam pemikiran diorang sains dan matematik di peringkat tinggi mcm kat universiti menggunakan bahasa inggeris, namun untuk pengetahuan asas kat sekolah perlu pemahaman yg kukuh, menggunakan bahasa melayu. tanya lah sesiapa yg sekarang berada kat universiti sekarang, diorang dulu belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu takder masalah, yg cina belajar kat sekolah dengan bahasa cina diorang takder masalah.

    Dan saya, belajar sains dan matematik saya kat sekolah dengan bahasa melayu takder masalah, bukan saja masuk mudah kat otak, saya boleh dapat semua A kat SPM termasuk cabang2 sains iaitu fizik, kimia dan biologi belajar dalam bahasa melayu, termasuk jugak Matematik dan Matematik Tambahan. Saya takder masalah kalau nak sambung belajar benda2 ni kat Universiti yg cuma perlu paham yg setiap terma2 tu ada terma bahasa inggeris dia yg diguna diseluruh dunia. Tapi kalau basik asas kat sekolah pun tak lepas lagi, jangan nak berangan le nak berpindah tukar terma2 tersebut ke bahasa inggeris dgn anganan untuk belajar lebih jauh.

    So jangan lah cuba nak baiki apa yg dah bagus (mcm tikus membaiki labu). Kalau pun ini untuk meningkatkan keupayaan org2 melayu menggunakan bahasa inggeris, janganlah pulak dirosakkan keupayaan kita dalam sains dan matematik. banyak lagi cara lain kita nak betulkan bahasa inggeris kita. bagi contoh le, guna la bahasa inggeris dalam benda2 lain mcm kat pendidikan jasmani ke, pendidikan moral benda2 mudah yg tidak ada terma2 tertentu, pelajaran yg cuma ada terma2 'layman' saja
    lorfaz
    lorfaz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 240
    Age : 38
    Location : 1Malaysia
    Job/hobbies : Futsal
    Registration date : 14/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by lorfaz Tue Mar 10, 2009 8:24 pm

    aku setuju.....

    bak kate pepatah melentur buluh biarlah dri rebungnyer....

    kite mule pelan2 dri bwh...mksdnyer mulekan PPSMI ni masa di sekolah rendah g.. ubah blk silibus.... kaji blk ayat2 yg akn digunakan depends pada tahap darjah n tingkatan......

    n secara x langsung kite gak le wat 2 perkare sekali jln... bak kate pepatah menyelam smbl mnum air.... mksdnyer adek2 or ank2 kite pndai BI jga pndi Matematik n Science...

    Jimat ckit x yah nk anta g klas BI g dah....
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Tue Mar 10, 2009 8:30 pm

    orang yg menyokong tu patut pergi dulu ke pedalamanyg bahasa inggeris mmg susah diajar disana. malahan matematik dan sains juga susah diajar. ye la korang bukannya guru atau cikgu, mana korang tau betapa sengsara dan risaunya terhadap pelajar2 yg 75% mcm tu, nak buat belajar sains matematik dalam BI lagi le punah masa depan diorang ni

    Jimat sikit x yah anta kelas BI? tolong ler. Kalau BI tu lagi penting dari sains dan matematik, apsal tak bubar je kelas sains dan matematik digantikan dengan BI, amacam org2 yg menyokong, benda ni dua kali lima jugak sama nak rosakkan keupayaan org2 kita dalam sains dan matematik, apa kata rosak terus je. korang cikgu ke guru ke? pernah tak pergi ke memana sekolah yg mcm saya katakan betapa PPSMI cuma akan membawa kesan buruk? kenapa PPSMI ni tidak dilancarkan cuma kat sekolah2 tertentu saja yg mempunya pelajar yg boleh menerima? PPSMI ni tak sesuai untuk semua sekolah, buat la survey dulu
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 44
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mfaizal2008 Tue Mar 10, 2009 8:32 pm

    Luahan hati Pak Samad kepada seorang wartawan tentang himpunan bantah PPSMI

    Pak Samad dikatakan kecewa kerana perhimpunan yang sepatutnya diisi roh menjulang martabat Bahasa Melayu telah bertukar ganas menjadi perhimpunan haram dan ganas. Beliau kesal kerana mereka yang datang berhimpun lebih mementingkan amarah bernafsu sedangkan misi yang ingin dibawa adalah misi yang sopan pekerti mulia.

    Sesungguhnya Pak Samad amat kecewa. Beliau juga menyelar tindakan sebahagian besar puak yang datang sepatutnya untuk memberikan sokongan telah menjadikan perhimpunan tersebut sebagai alat politik dan seterusnya mengkudakan perhimpunan itu. Tidak sepatutnya dalam nak menjulang bahasa penuh marwah, kata-kata kesat dan penuh lucah dilaungkan dan dilemparkan di sana sini.

    Mana niat jujur mereka? Telah Pak Samad penuh kecewa. Mungkin inilah kali terakhir buatnya untuk berlarak dalam perhimpunan yang besar. "Orang Melayu" masih tidak faham beza antara politik dan perjuangan tulin. Beliau menyelar kelompok penyokong PAS dan PKR yang bersikap melebih-lebih berbanding mereka (yakni, para pejuang Bahasa) yang lebih bersahaja.

    Pak Samad juga kecewa kerana Pakatan Rakyat yang menyatakan sokongan untuk menolak PPSMI hanya menghadirkan ahli mereka yang Melayu sahaja. Tiada langsung batang hidung orang Cina dan India. Beliau amat khuatir sekali. Nanti bila kerajaan bersetuju untuk menghapuskan PPSMI, akan bangkit pula DAP dan HINDRAF yang menyatakan penentangan kepada kerajaan kerana menghapuskan PPSMI.

    Akhirnya Pak Samad amat faham bahawa orang politik pembangkang memang tak berguna. Semua benda dipolitikkan. Sebahagian akan belakon menolak PPSMI dan sebahagian pula nanti akan berlakon untuk menyelar kerajaan menghapuskan PPSMI.

    Pak Samad? Bilakah lakonan mereka akan berakhir? Jawab Pak Samad pula.... Nun di pergunungan murka, kita terasak datang.... mencari peta dan jawapan..... bisik Pak Samad kepada wartawan itu.

    Ulasan Ss. Pak Samad, sedarlah pak Samad bahawasanya inilah wajah sebenarnya PR. mereka sanggup mempolitikkan apa sahaja demi keuntungan mereka. Apa nak jadi dengan golongan ini? PPSMI tidak akan menghapuskan kewibawaan bahasa melayu yang hebat ini Pak. Cuba Pak Samad lihat, negara China umpamanya, sudah punya universiti yang mengendalikan kursus bahasa melayu. Dan, betapa hebatnya mereka bertutur dalam bahasa melayu.

    Pak Samad dan rakan-rakan usahlah gusar. Ss percaya, perlaksanaan PPSMI, tidak sesekali akan menjatuhkan maruah bahasa melayu ini. Apabila orang melayu pandai berbahasa inggeris, maka dapatlah bahasa melayu itu diperkembangkan pak. Inilah yang orang cina buat untuk memperkembangkan bahasa cina pak.

    Untuk pengetahuan, orang cina, walau pun pandai dalam apa bahasa, namun, bahasa ibunda tetap di hati mereka. Inilah sebabnya bahasa cina boleh berkembang cepat. melayu juga, harus didik begitu. Jangan biarkan mereka lemah inggeris. Jangan biarkan mereka terus dipijak oleh bangsa asing. Jangan biarkan mereka terus dihina. Ingatlah, sudah ada usaha-usaha untuk mempertikai kuasa sultan dan raja. Kena sedar ini semua.

    Di mana melayu nak pergi lagi jika Malaysia sudah tidak dikuasai oleh melayu? Sebagai seorang yang bukan melayu, Ss dapat perhatikan, melayu berada di situasi yang genting sekarang. Ada virus melayu yang sanggup gadai maruah dan tanahair demi kerana politik. Demi kerana jawatan dan pangkat. Ada juga yang sanggup derhaka pada sultan dan raja.

    marilah kita semua berjuang untuk memperluaskan lagi penggunaan bahasa melayu yang tercinta dan hebat ini. Ingat, PPSMI adalah jalannya. jalan untuk memertabat dan memperluaskan lagi penggunaan bahasa melayu ke seluruh dunia. Tidak mustahil suatu hari nanti, bahasa melayu akan menggantikan bahasa inggeris. Itu adalah impian Ss.


    sumber: http://sedinginsalju.blogspot.com/2009/03/luahan-hati-pak-samad-kepada-seorang.html

    p/s: Ss kat sini mgkin bermaksud kepada Tan Sri A. Samad Said
    mfaizal2008
    mfaizal2008
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 217
    Age : 44
    Location : Cyberjaya
    Job/hobbies : Technician
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mfaizal2008 Tue Mar 10, 2009 9:08 pm

    ok kenapa ramai kata nak mengajar kat pedalaman susah?
    apa yg susah? susah? semua kata itu susah... ini susah...
    apa yang susah? org melayu mcm tu la, bila diperkenalkan dgn kemajuan sket, kata susah laa... itu la... ini laa... semua tu alasan... ada hati semua boleh jadi.
    xde perkara yang susah dalam dunia ni kalo kita jadikan ia susah...
    yang diperlukan penambah baikan... asingkan PPSMI antara bandar dgn luar bandar nanti ada yg kata kerajaan tidak adil kepada penduduk luar bandar, mereka pun nak belajar juga...
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Wed Mar 11, 2009 12:32 am

    Aku x stuju sbab:-
    1. Hanya sains n math aje? abis yg lain..... sejarah, geog dll bgaimana?
    2. prnahkh korang prgi keluarbandar? bkn pndalaman....... cikgu sndiri pn terkial2 nk ngajar. ni kn pula mk bapak.
    3. aku prnah krja dgn kompni jepun(sebagai prsonal driver) korang tau bos aku mcm mana? x tau cakap omputih, tp dia jaga kompni 3 negara.... malaysia, singapore n jepun.
    last..... jepun maju, dia guna omputih ke? rusia maju guna omputih ke?
    pndapat aku yg tnggl kt luar bandar tp bkn pndalaman.
    wassalam!
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Wed Mar 11, 2009 12:53 am

    terlupa pula............
    tahukh anda setiap kali anual diner, bos aku mnyuruh sketeri mnulis dlm bhasa melayu utk ucapanya. masa aku bawak teksi ramai mat saleh berbahasa melayu dgn aku. Bangsa asing mggunakan bahasa melayu. kita..........???????
    hipstudenz
    hipstudenz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 59
    Age : 67
    Location : rumah orang2 tua.
    Job/hobbies : tenung bulan.
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by hipstudenz Wed Mar 11, 2009 12:56 am

    hhmmm
    aku skolah lg
    mmg tergeliat lidah nk cakap
    hahahha
    tp aku tatau la
    setuju sbb kita dpt dapat belajar BI pada masa awal
    sng nk behijrah ke mane2 nt
    x setuju maybe sbb ssh skit kot
    lg ssh nk paham (bi ssh+math ssh=ssh²)
    dua2 aku boley kot ^_^
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by hampeh Wed Mar 11, 2009 2:29 am

    PPSMI kan guna untuk matematik dengan sains je , bukan menggantikan bahasa melayu sebagai bahasa perbualan pasal kekurangan buku rujukan/istilah dalam bahasa melayu.

    Mungkin dorang fikir lagi senang belajar dalam bahasa inggeris untuk bidang sains/matematik pasal banyak istilah masih tak dapat dimelayukan lagi . Jangan la gelabah awal2 fikir bahasa inggeris ganti terus bahasa melayu sebagai bahasa perbualan dan harian untuk semua orang melayu ( mungkin ada la segelintir yang tak suka berbahasa melayu walaupun sendiri orang melayu Rolling Eyes )

    Bab orang luar/asing cakap melayu tu pasal senang untuk perbualan , bukan dorang sembang bahasa melayu untuk mengajar korang sains/matematik . Wink
    avatar
    sementara_waktu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 61
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sementara_waktu Wed Mar 11, 2009 6:50 am

    baok wrote:
    but, problem is.... would they be able to compromise their believe??

    Sorry, I'm not sure what do you mean by "they".. Do you mean the politicians? Or.. ??


    in the end.... we will have to choose, which is the lesser evil?

    Again, what do you mean by "the lesser evil?".. Do you include political sense on this matter?..


    *by the way, C people are still using their own language for science and math, aren't they?? what's their excuse?? and why are they exempted from PPSMI?? r they special??

    Do you mean by Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/India?.. Not sure about that.. You have to ask Kementerian Pendidikan on that.. They've already made a lousy job on implementing PPSMI so rushly.. But I appreciate Dr. Mahathir's ideas and concern..


    Sorry if I misunderstood you, but I smell "politics" here.. I never fancy political issues.. Yes, we have to choose the lesser evil, but in this topic, I hope we can focus purely in "PPSMI" matters..


    People can have its own opinion and I respect yours.. However, please, no political influence on this one.. I'd appreciate some academical thoughts..

    sorry, i did leave a few ambiguous statements...... "they" = GMP and i guess i was a bit harsh when i used "the lesser evil" = PPSMI.....bcoz each have their pros and cons.... and with it's own difficulty for students (either at elementary level or at the third level education)
    trust me...no politics here...... nothing fishy...... don't worry.... (i do get where u coming from, these days, u can't be blame for being too cautious)

    i'm probably not in the position to complain or whatever, it's not even my thread, i have to say though, i'm getting tired of the copy-paste yadayada... no offense.... it's probably just me.

    biar saya cerita berdasarkan persepsi saya pulak.....
    saya adalah salah sorang yg sangat bersetuju dengan PPSMI semasa program ini mula2 dilaksanakan pada 6 tahun lepas,
    sbb ape? sebab saya tahu betapa susahnya bila tukar medium untuk belajar sains dan matematik di IPT. saya selalu berada di "zon selesa" selama ini tersentak dan menggelabah. perkataan semudah "combustion" pon saya tak paham. macam mane saya nak jawab soalan kimia? tapi saya belajar slow2..... memang merangkak balik, jgnkan nk bertatih..... berdiri pon macam tak boleh.

    adakah saya tak tahu bahasa inggeris langsung masa tuh? tak jugak.... rase2 saye buleh jer buat karangan english.... walaupon grammar tunggang langgang.... mungkin average la kot...... tapi takper, saya try jugak. mmg saya makin paham.......tp saya mmg tanak org lain rasa susah macam saya.... so sy pon sokong PPSMI.....

    sebab kedua saya sokong PPSMI kerana saya yg naif nih ingat semua org tak kira bangsa akan mempunyai silibus yg sama...... kenapa saya suka? sbb semua org akan bermula pada titik yg sama a.k.a sama2 teruk..... barula org melayu boleh catch up balik. sbb sumer org tak pandai english, kita pukul rata jelah..... mmg akan makan masa, mestila result teruk masa awal2, tak logik kalau result elok terus.... tp ok la..... barula adil bleh bersaing. sumer gune bahasa asing.tp itu pendapat saya jelah.

    tapi sekarang..... saya dah ubah fikiran....
    kenapa? sbb saya baru sedar.....pada saya kalau nak belajar, kena paham konsep,...... look at the big picture, no need to memorize the nitty gritty details. kalau paham konsep, biarlah soalan datang dari mana2 arah @ dari segala jenis bahasa pon.... sbb ini adalah sains dan matematik..... dier nyer konsep sama jer satu dunia.... tak masalah kalau belajar dalam bahasa sendiri, bile tuka bahasa, konsep tak tuka...... bahasanya tetap bahasa sains dan matematik.....salah grammar pon takpe...... sbb basic yg diterap masa sy sekolah dulu tetap sama.... itu yg bantu saya faham dan saya rasa pelajar sekolah perlukan basic itu dahulu.

    kedua, sbb rupanya perlaksanaannya tidak menyeluruh...... ada org yg diberi kelonggaran guna bahasa sendiri belajar math dan sains..... dah tak leh nak bersaingla.... mulala rase cam tak fair. ader org kene struggle unnecessarily, ader org tak yah struggle pn utk amik xm yg sama...... mana aci!

    ketiga, saya tak rasa maths ngan sains adalah alat efective untuk memperkasakan komunikasi pelajar dalam bahasa inggeris...... sepatutnya buat kelas bahasa inggeris komunikasi selain dari kelas bahasa inggeris yg sedia ada..... biar semua org bercakap english puas2, kalo tanak, paksa jugak....... macam tuh kalau nak belajar bercakap bahasa lain.......caranya adalah tak lain tak bukan.... practice!!

    keempat, tenaga pengajar yg nak ajar dalam maths dan science bahasa inggeris memang kurang (betulkan saya kalau salah lam bab nih, tak tahulah kalau malaysia dah dapat tampung kekurangan guru2 mengajar sains, maths dan english) terutama kat kawasan luar bandar...... kawasan pedalaman lagilah..... kenape? sebab guru2 tak suke pegi kawasan luar bandar....... semua tertumpu di kawasan bandar sahaja.

    saya org kampung jer. maaflah kalau kotak pemikiran saya yg cetek ini dikira tidak berwawasan dan menolak kemajuan..... ini hanyalah pendapat saya.

    *it's too long, sorry again.
    avatar
    xsan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 1
    Registration date : 11/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by xsan Wed Mar 11, 2009 12:03 pm

    PPSMI kan hanya 2 subjek jer..
    subjek2 lain mcm Geografi, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dll masih lg dalam bahasa asal..


    komen :-
    Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia..
    lain ke sama??
    loy_azloy
    loy_azloy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1513
    Age : 43
    Location : Muo/Putrajaya
    Job/hobbies : DOF/bela kelisa
    Registration date : 23/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by loy_azloy Wed Mar 11, 2009 1:16 pm

    mfaizal2008 wrote:ok kenapa ramai kata nak mengajar kat pedalaman susah?
    apa yg susah? susah? semua kata itu susah... ini susah...
    apa yang susah? org melayu mcm tu la, bila diperkenalkan dgn kemajuan sket, kata susah laa... itu la... ini laa... semua tu alasan... ada hati semua boleh jadi.
    xde perkara yang susah dalam dunia ni kalo kita jadikan ia susah...
    yang diperlukan penambah baikan... asingkan PPSMI antara bandar dgn luar bandar nanti ada yg kata kerajaan tidak adil kepada penduduk luar bandar, mereka pun nak belajar juga...
    pendek kata Allah takkan mengubah kehidupan seseorang umat itu jika dia sendiri tidak mengubah nasibnya...
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Wed Mar 11, 2009 3:43 pm

    xsan wrote:PPSMI kan hanya 2 subjek jer..
    subjek2 lain mcm Geografi, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup dll masih lg dalam bahasa asal..


    komen :-
    Bahasa Melayu & Bahasa Malaysia..
    lain ke sama??

    Sila rujuk halaman yang sebelum ini.

    Walau apa pun alasan penyokong PPSMI, saya tetap pegang teguh bahawa PPSMI wajib dimansuhkan.
    Saya kira hujah saya sudah cukup untuk menyatakan bahawa BM perlu dimartabatkan walaupun penting untuk menguasai BI

    Sebabnya:
    1. Bercanggah dengan Perkara 152 dan Penyata Razak.
    2. Banyak istilah Sains dan Matematik (S&T) BM diserap dalam istilah S&T dunia seperti zoologi dll.
    3. Untuk membijak pandai murid dalam BI bukan menggunakan Sains dan Matematik sebagai saluran untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.
    4. Lebih sejuta istilah BM dalam S&T akan terkubur begitu sahaja.

    Pesanan saya, berilah pandangan berlandaskan ilmu bukan emosi, politik, maklumat dan kenyataan kerana ramai selalu mengemukakan hujah tanpa bekalan ilmu atau rujukan kajian bahan bacaan.

    Untuk yang berminat mendalami isu perjuangan bahasa Melayu, silalah baca:
    1. Suara Pejuang Bahasa. Awang Sariyan. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).
    2. Imbasan. Hasan Ahmad. DBP
    3. Mengapa Kami Bantah!. Abdullah Hasan. PTS.
    4. Surat-surat Perempuan Johor. Faisal Tehrani. (novel yang menarik)
    5. Manifesto Budaya: Pupus Bahasa, Pupuslah Bangsa. Asraf. DBP
    6. Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. James T. Collins. Yayasan Obor Indonesia.
    7. Syarahan Raja Ali Haji: Bahasa Melayu sebagai Bahasa Tamadun Moden: Program Pengisiannya. DBP, PLM
    8. Beberapa Akibat Daripada Pengajaran Sains dan Matematik Dalam BI di Malaysia: Suatu Penilaian Empiris dan Teori: Kertas Kerja Kongres Pendidikan Melayu ke-2. Shaharir Mohd Zain
    hipstudenz
    hipstudenz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 59
    Age : 67
    Location : rumah orang2 tua.
    Job/hobbies : tenung bulan.
    Registration date : 01/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by hipstudenz Wed Mar 11, 2009 5:00 pm

    aiyokk
    pekwan punyer kate2 betol tu
    aku sokong empat2 isi tu
    lorfaz
    lorfaz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 240
    Age : 38
    Location : 1Malaysia
    Job/hobbies : Futsal
    Registration date : 14/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by lorfaz Wed Mar 11, 2009 9:30 pm

    muraicherang wrote:Aku x stuju sbab:-

    3. aku prnah krja dgn kompni jepun(sebagai prsonal driver) korang tau bos aku mcm mana? x tau cakap omputih, tp dia jaga kompni 3 negara.... malaysia, singapore n jepun.
    last..... jepun maju, dia guna omputih ke? rusia maju guna omputih ke?
    pndapat aku yg tnggl kt luar bandar tp bkn pndalaman.
    wassalam!

    kite x bleh nk bndgkan ngan jepun... die da lm maju ke depan dri kite (malaysia).... jepun slh satu kuasa ekonomi dunia..... walaupun die x pndi ckp omputih... dunia kene akur gak ngan jepun ni.... kalo stakat malaysia yg skrg ni.. blum leh lwn pengaruh jepun g..... so nk maju kene la ikut peredaran zaman disamping adat budaya kite kekalkan....... Surprised
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Thu Mar 12, 2009 12:17 am

    lorfaz wrote:
    muraicherang wrote:Aku x stuju sbab:-

    3. aku prnah krja dgn kompni jepun(sebagai prsonal driver) korang tau bos aku mcm mana? x tau cakap omputih, tp dia jaga kompni 3 negara.... malaysia, singapore n jepun.
    last..... jepun maju, dia guna omputih ke? rusia maju guna omputih ke?
    pndapat aku yg tnggl kt luar bandar tp bkn pndalaman.
    wassalam!

    kite x bleh nk bndgkan ngan jepun... die da lm maju ke depan dri kite (malaysia).... jepun slh satu kuasa ekonomi dunia..... walaupun die x pndi ckp omputih... dunia kene akur gak ngan jepun ni.... kalo stakat malaysia yg skrg ni.. blum leh lwn pengaruh jepun g..... so nk maju kene la ikut peredaran zaman disamping adat budaya kite kekalkan....... Surprised
    Okey usah kita pandang jepun atau rusia! sekarang aku nak korang pandang Thailand. Korang pergilah tanyakan pada pegawai Pertanian ke fama ke atau apa2 yang bersangkutan dengan pertanian. Majukah kita dibandingkan dengn thailand? Tahukah korang kita ketinggalan lebih kurang 20 tahun dalam bidang pertanian. Beras mereka lebih bagus dari kita, tanaman mereka mereka lebih bagus dari kita( berbuah sepanjang tahun) orang2 yang menggunakan kemahiran sains ni bukan tau cakap omputih pun. Pergilah tanya kalau kata2 aku ni x betul! Lagi satu..... komputer, mereka tidak menggunakan omputih. Mereka lebih suka dengan bahasa thai! Bahasa KEBANGSAAN mereka.Mundurkah mereka? Tukaran wang, bhat lebih mahal dari ringgit!
    mattjack
    mattjack
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 44
    Registration date : 25/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mattjack Thu Mar 12, 2009 3:41 am

    itulah....
    aku pun sebenarnya xbrape stuju dgn PPSMI ni tapi aku pelik mcm mana diorang bleh trus laksanakan walaupun ramai pihak bantah.....
    sekarang lepas bertahun baru perkara bantahan ni timbul nalik walaupun dari dulu lagi ada tapi xsehebat skarang...
    yang mangsa.....PELAJAR
    kata nk majukan pendidikan, tapi kalo dasar boleh ditukar ikut suka hati jer dan tanpa perancangan yang rapi.........yang mangsa adalah generasi akan datang.
    DoomHammer
    DoomHammer
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 49
    Age : 45
    Location : Banting-USJ-Shah Alam
    Job/hobbies : Gaming/Main dgn anak2
    Registration date : 11/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DoomHammer Thu Mar 12, 2009 5:10 pm

    Inggeriskan Matematik & Sains bukan caranya nak bagi pandai english.
    lagi baik kalu adakan satu subject English for communication untuk bantu plajar2 kita.

    Aku dulu pelajar luar bandar.... semua blajar dalam bahasa Melayu (except English of course) lepas tue dapat masuk American Degree Program (PPP ITM).... automatic trus pandai English... trus jadi best student lagi (sori poyo skit).
    Yang paling penting kefahaman dalam subject Sains & Matematik bukan bahasa yang digunakan.
    Bila pelajar kita dah matang (peringkat U), diorang dengan sendirinya bole 'adapt'.

    Orang politik cakap 'OOO... peratus lulus meningkat itu ini.... bla bla' padahal diorang ada kuasa nak naik turunkan graf peratus lulus tue utk jaga nama masing2. Inilah jadinya bila Pendidikan pun dijadikan 'tools' utk nafsu politik.... Benda ni bukan jadi kat Pendidikan aje, kat Kualiti Sukan negara pun sama -semua dah dipolitikkan. Yang susah rakyat jugak.

    Aku takde la tak setuju sepenuhnya PPSMI ni tapi 'execution' lemah la. Capability Guru2 kita pun tak mencapai level yang diharapkan. Bila dah mengajar dalam bahasa Inggeris, nak bagi budak faham agak mencabar; itu yang majority guru mengajar untuk cukup syarat aje. Sedangkan dalam bahasa melayu pun budak2 ni tak faham lagi la dalam bahasa inggeris, dalam satu kelas adala tak lebih 50% budak yang paham -kesian budak2 tu. Sepatutnya ia mesti dijalankan berperingkat-peringkat (bukan main redah aje sebab ada org nak besarkan nama). Mulakan dengan latihan guru, lepas tue tambah matapelajaran English for communication.... dan lain2.
    PELUKIS
    PELUKIS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 319
    Age : 41
    Location : jalan kaki dah sampai sunway lagoon
    Job/hobbies : melukis
    Registration date : 23/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by PELUKIS Fri Mar 13, 2009 9:31 pm

    aku tak setuju....
    tapi skang aku jadi atas pagar pulak....
    sebab kat radio cakap TUN setuju PPSMI diteruskan....
    ini kerana untuk menyaingi di peringkat global....
    bukan untuk sisihkan bahasa melayu...
    bagi aku la, kalau TUN dah cakap cam gitu, ikut kan aje....
    sebab dia berpikiran jauh.....
    zer0
    zer0
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 56
    Age : 34
    Location : my world
    Job/hobbies : naik basikal
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by zer0 Fri Mar 13, 2009 9:48 pm

    memang le tun akan cakap camtu..
    kan dia yang suruh buat PPSMI.. Neutral

    tapi yang aku pelik..
    aku ada la belajar mate lam bahasa cina
    tapi apasal la aku takleh pandai cakap bahasa cina yer..
    dah tu.. tak pulak aku pandai2 mate cam olang cina tu

    sungguh kompiUS aku sekarang.. scratch
    avatar
    gecko
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 8
    Registration date : 05/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by gecko Sat Mar 14, 2009 12:08 am

    DoomHammer wrote:

    Aku takde la tak setuju sepenuhnya PPSMI ni tapi 'execution' lemah la. Capability Guru2 kita pun tak mencapai level yang diharapkan. Bila dah mengajar dalam bahasa Inggeris, nak bagi budak faham agak mencabar; itu yang majority guru mengajar untuk cukup syarat aje. Sedangkan dalam bahasa melayu pun budak2 ni tak faham lagi la dalam bahasa inggeris, dalam satu kelas adala tak lebih 50% budak yang paham -kesian budak2 tu. Sepatutnya ia mesti dijalankan berperingkat-peringkat (bukan main redah aje sebab ada org nak besarkan nama). Mulakan dengan latihan guru, lepas tue tambah matapelajaran English for communication.... dan lain2.

    aku setuju apa yang doomhammer katakan...dari sudut positif ppsmi sangat bagus dalam menigkatkan penguasaan kita dalam bahasa inggeris..tapi macam tak begitu berjaya untuk dilaksanakan..bagi pelajar yang belajar dibandar memang tak ada masaalah...tapi macammana pula yang luar bandar dan yang di negeri sabah serawak?? biasanya kelompok ni agak perlahan sedikit dalam penguasaan bahasa inggeris..aku sendiri pelajar luar bandar dan memang tahap penguasaan bahasa ingggeris tu agak lemah..

    Andainya ppsmi berjaya akan menigkatke tahap pencapaian orang kita dlm bahasa inggeris dan akan bertambahke orang kite yang akan menguasai bidang sains dan matematik...rasanya bg keuntungan pada bangsa lain.dan akhirnya kita tetap di tahap yang sama dan bahasa sendiri semakin hilang kecantikan bahasanya...
    pekwan
    pekwan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 46
    Age : 36
    Location : Parit Buntar - Kuala Lumpur
    Job/hobbies : Guru/Membaca, berdiskusi ilmu
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by pekwan Sat Mar 14, 2009 1:09 am

    PELUKIS wrote:aku tak setuju....
    tapi skang aku jadi atas pagar pulak....
    sebab kat radio cakap TUN setuju PPSMI diteruskan....
    ini kerana untuk menyaingi di peringkat global....
    bukan untuk sisihkan bahasa melayu...
    bagi aku la, kalau TUN dah cakap cam gitu, ikut kan aje....
    sebab dia berpikiran jauh.....

    Kenapa saudara atas pagar?

    Sebab saudara kurang memperoleh ilmu tentang keunggulan bahasa Melayu. Rujuk komentar saya yang sebelum ini untuk mengukuhkan kefahaman kita terhadap perjuangan bahasa Melayu, saya ada mencadangkan beberapa bahan bacaan yang menarik untuk ditekuni dan didebatkan bersama-sama.

    Yang banyak diceritakan adalah kehebatan bahasa Inggeris mengatasi bahasa Melayu, walhal masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri begitu juga kantonis, jepun, perancis dan sebagainya. Situasi inilah yang saya katakan sebagai dakyah Barat untuk menjajah pemikiran kita supaya tidak memperakui kehebatan nilai identiti dan jati diri kita sendiri. Akhirnya kita terjerumus dalam kondisi 'katak bawah tempurung' dan mengagung-agungkan bahasa orang hingga terlupa kehebatan kita sendiri.

    Begitu juga dengan sejarah kita, khususnya orang Melayu. Dalam buku teks begitu jarang sekali kita dapat membaca dengan jelas dan terperinci terhadap perjuangan pahlawan/pejuang (dalam pelbagai lapangan) seperti Dato' Maharaja Lela, Dol Said, Tok Kenali, Tun Syed Nasir, Long Jaafar, Sultan Alauddin dan lain-lain lagi. Sebaliknya, penjajahan kita bermula 1511 hinggalah mencapai kemerdekaan. Paling banyak, penjajahan British.

    Pernah kita terfikir apakah falsafah yang terdapat pada 5 butang baju Melayu Cekak Musang? Apa maksud lambang pada canting, kuih baulu, seni pertukangan atau silat?
    Jarang dikaji dan dibincangkan. Akhirnya, kekuatan dan kehebatan yang ada orang Melayu tidak dapat disampaikan kepada generasi muda, sebaliknya dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan supaya kita menjadi kagum dengan kehebatan Barat yang tidak seberapa akibat kebobrokan kita. Insaflah kita.

    Dalam konteks memahami sesuatu isu, ada baiknya mempunyai ilmu sebelum membicarakannya. Takut-takut apa yang diperkatakan menjadi satu fitnah (sebab tak betul) dan disampaikan secara berterusan kepada yang lain dan kita mendapat dosa kering percuma untuk bekalan ke sana.

    Saya tidak nafikan bahawa Tun banyak membawa perubahan kepada negara. Namun, saya kira beliau juga terdapat banyak membuat kesilapan yang terpaksa diwarisi sehingga hari ini. Satu daripada contohnya, PPSMI. Contoh yang lain pula, bilamana beliau memberikan kuota kemasukan bukan Melayu ke dalam MRSM, tiada bangkangan. Khalid Ibrahim buka kuota kemasukan UiTM, demonstrasi dan bantahan. Sedangkan kedua-duanya bercanggah dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tetapi menerima 2 situasi yang berbeza (bukan cuba mainkan isu politik, tetapi sekadar pemahaman terbuka). Mengapa berlaku begini? Adakah kerana banyak jasa bakti yang disumbangkan maka kesalahan yang (terang-terang salah) dibuat harus diterima kita? Fikirkanlah....Smile

    Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini - Datuk A. Samad Said

    **Petang semalam sempat singgah di DBP, ternampak timbunan buku baharu: Ke Luar Jendela (Hasan Ahmad) - RM35.00 - tapi duit lupa dibawa dan saya terpaksa membatalkan hajat untuk membelinya, menambah koleksi yang sedia ada. Pergi semula petang tadi selepas solat Jumaat, sudah habis! Kecewa pada mulanya...cari dan terus mencari, terjumpa satu lagi yang terakhir, terus membeli dan baru mula untuk menekuninya.
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Sat Mar 14, 2009 1:43 am

    aku ni x berapa reti sangat. cuma yg aku fikir... kenapa sasterawan negara, kenapa prof, knapa dr....... yg mereka ini orang cerdit pandai. xkn xmahu anak cucu mereka pandai dlm bahasa omputih. MESTI ADA SEBAB KAN? kan? kan? kita ni apalah.......
    avatar
    sementara_waktu
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 61
    Registration date : 03/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by sementara_waktu Sat Mar 14, 2009 8:18 am

    GMP bukan anti bahasa Inggeris...... bukan taknak anak2 pandai bahasa inggeris,

    dier cume menggesa kerajaan supaya tidak mengubah dasar yg baik (sebelum PPSMI)

    tapi menyelesaikn masalah pelajar tidak fasih bahasa inggeris (walaupon belajar selama 11

    tahun) dengan memperbaiki pengajaran subjek bahasa inggeris itu sendiri.

    bukan dengan menambah masalah.
    avatar
    Apokalipso
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 3
    Registration date : 12/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Apokalipso Sat Mar 14, 2009 1:26 pm

    sementara_waktu wrote:GMP bukan anti bahasa Inggeris...... bukan taknak anak2 pandai bahasa inggeris,

    dier cume menggesa kerajaan supaya tidak mengubah dasar yg baik (sebelum PPSMI)

    tapi menyelesaikn masalah pelajar tidak fasih bahasa inggeris (walaupon belajar selama 11

    tahun) dengan memperbaiki pengajaran subjek bahasa inggeris itu sendiri.

    bukan dengan menambah masalah.

    Aku bersependapat dengan komentar ni. PPSMI bukanlah satu pilihan terbaik walau banyak istilah yang merujuk kepada bahasa inggeris, tetapi bahasa melayu mesti dan perlu diteruskan juga. Sebenar benar pilihan ialah mengukuhkan serta memantapkan lagi pembelajaran bahasa inggeris sedia ada dan bukannya mewujudkan PPSMI. Pada hemat ku, PPSMI hanya menutup kelemahan kita yang gagal menguasai bahasa inggeris yang selama ini memang telah menjadi subjek peperiksaan wajib untuk diduduki (walaupun telah mempelajarinya selama 11 tahun).

    Kesal sangatlah kalau kita sendiri belum dapat menguasai bahasa melayu sebaiknya dan inikan pula nak mempelajari dan menguasai bahasa asing. Tak salah kalau nak melaksanakan pembelajaran bahasa melayu dan bahasa inggeris dalam satu masa tetapi bukankah lebih baik intipati bahasa melayu di hayati sedalam dalamnya dalam konteks yang lebih luas sebelum beralih arah ke bahasa lain. Tak salah menuntut ilmu sains dan teknologi dalam bahasa melayu tanpa menidakkan penggunaan bahasa inggeris . Aku bukanlah mewakili mana mana pelajar atau mana mana pihak, tetapi aku jadi buntu jika bahasa melayu seperti perkataan "merarau" pun kita tak ambil maklum dan sesetengah perkataan lain pun kita jadi terkedu nak jawab makna dan kefahamannya .

    Maka ini cadangan ku jika dapat disuarakan dan disampaikan ke pihak kerajaan.

    1. Memperkemaskan serta memantapkan lagi pengajaran dan menambah lagi program, aktiviti, atau jika mungkin mewujudkan sastera bahasa inggeris sebagai tambahan kepada subjek sedia ada.
    2. Memperbaiki kelemahan serta menggubal dasar yang lama dan kurang relevan di zaman ekonomi yang mencabar dan perkembangan teknologi yang berkaitan dengan pendidikan tanpa mengenepikan bahasa melayu sebagai bahasa yang mesti diberi penekanan dalam aspek pembelajaran.
    3. Mewujudkan lagi sekolah atau cawangan maktab yang berasaskan aliran sains tulen lebih banyak seperti contoh : Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah , Maktab Rendah Sains Mara.

    Dalam mengejar pembangunan teknologi dan sains, tidak semestinya kita perlu mengorbankan bahasa melayu kita. Jika pengorbanan itu tidak dapat tidak dielakkan, maka pilihlah pengorbanan yang lain. Janganlah dalam enak mengejar kemajuan kita alpa dengan asal usul akar bahasa, agama dan bangsa kita. Hanya sekadar memberi input didalam diskusi yang amat menarik ini.


    Last edited by Apokalipso on Sat Mar 14, 2009 6:57 pm; edited 2 times in total

    Sponsored content


    PPSMI setuju atau tidak? - Page 3 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 8:43 am