Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+68
imam123
Hellghast
koboi_tua
sawi
MatchMaker
3vilngineer
kae
tabah
khairuddin_25
neology
smithmagge
mitutoyo
joejambul
fiza_cute
jemay
ztecon
Hiruka
putrilinz
TOYSЯUS
highlander
Razi_IBM
kindaichi_hajime
RAJA KAY
200
melor
zirbad
rusdi
belle
abg burger
daimon
fazrin
Nan
kmicaz
mastergie
need
amirul84
benchoz
deen83
♥♠♠♥
Apokalipso
gecko
zer0
DoomHammer
mattjack
xsan
hipstudenz
muraicherang
DRS
PuteriNurFarah
naqninetwo92
hampeh
szainizam
mon678
Datuk_Seri
loy_azloy
pekwan
sixx
Setsuna F. Seiei
Sir Pyan
sementara_waktu
adam78
baok
ogGy
lorfaz
PELUKIS
cisqo87
slaughters
mfaizal2008
72 posters

    PPSMI setuju atau tidak?

    Poll

    PPSMI

    [ 45 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Bar_left41%PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Bar_right [41%] 
    [ 64 ]
    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Bar_left59%PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Bar_right [59%] 

    Total Votes: 109
    avatar
    ♥♠♠♥
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 27
    Registration date : 14/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by ♥♠♠♥ Sat Mar 14, 2009 5:03 pm

    aku tak setuju. sebab aku tak pandai dalam bahasa inggeris.. tapi kena la belajar bahasa inggeris dalam kelas bahasa enggeris.. kenapa nak belajar bahasa enggeris dalam kelas matematik dan sains.. ????????????? ape tu
    ogGy
    ogGy
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 897
    Age : 37
    Location : mu di mana ?
    Job/hobbies : geletek ginjal korang
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by ogGy Sat Mar 14, 2009 6:31 pm

    ♥️♠️♠️♥️ wrote:aku tak setuju. sebab aku tak pandai dalam bahasa inggeris.. tapi kena la belajar bahasa inggeris dalam kelas bahasa enggeris.. kenapa nak belajar bahasa enggeris dalam kelas matematik dan sains.. ????????????? ape tu

    Agak melucukan post kau ni,mana ada orang belajar Bahasa Melayu dalam Bahasa Inggeris.Kau belajar BI kat skolah pun dalam BI,blajar BM pn dalam BM..hai,pelik betul kau ni.

    Kenapa kau tak pandai BI ?
    Kenapa kau tak faham BI ?
    Kenapa kau malas nak membaca dalam BI ?

    Kau faham YES,NO,OK,THANK YOU AND GOOD BYE ?
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Sat Mar 14, 2009 11:34 pm

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Dsc01244b
    petikan daripada sinar harian 14hb mac 2009.
    x banggakah kita????????
    deen83
    deen83
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 19
    Age : 41
    Location : banting
    Job/hobbies : Penyelia
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by deen83 Sun Mar 15, 2009 2:31 am

    bagi pandangan saya lah..kenapa tidak sahaja diperbaiki cara pengajaran dalam subjek bahasa inggeris sahaja..bukan ke itu lebih baik..seeloknya cari jalan macam mana nak menambah baik subjek pelajaran bahasa inggeris bagi boleh menarik minat pelajar untuk belajar dalam bahasa inggeris..PPSMI ni bagi saya seperti memaksa pelajar itu untuk belajar bahasa inggeris...kerana seperti terpaksa..
    benchoz
    benchoz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 63
    Age : 39
    Location : Dekat Umah
    Job/hobbies : aku tgh cari membe nak duk ngn aku kat Brunsfield
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by benchoz Sun Mar 15, 2009 11:26 am

    aku rase bnda ni ade baiknye...coz...cbe kite fikir..malaysia ni ade pelbagai kaum kan...
    so far...cam membe aku la...die ni singh...so bahasa melayu die kureng sket...tapi dalam bahasa inggeris die bagus...lagipun..aku bukan nak banggakan bahasa ingeris..bahasa ingeris lagi senang difahami...kite tgk sekarang nih...klau budak2 tadika bleh cakap melayu...kite tak rase pape..tapi klau dorang leh cakap bahasa inggeris..jujur aku kate..aku memang respect..sbb..dekat situ kite da leh tunjukkan bahawa...anak melayu or ape2 bangsa sekalipun...kecik2 lagi da pandai...kan?dalam exam pun..aku jawab semua soklan dalam bahasa inggeris..benda ni bagus..klau kite pk dari sudut yang positif..c'mon..dun make all the worse blind ur ways..lagi satu...hanya buku teks sahaja yang di bahasa ingeris...tapi dalam exam..dwibahasakan??
    PELUKIS
    PELUKIS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 319
    Age : 41
    Location : jalan kaki dah sampai sunway lagoon
    Job/hobbies : melukis
    Registration date : 23/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by PELUKIS Sun Mar 15, 2009 1:06 pm

    yang nie aku celup dari blog nursing malay....
    pendapat nie dari pihak tenaga pengajar la aku rasa....

    Tengahari tadi,aku pegi lunch dengan awek aku.Dia baru balik dari kursus guru-guru bahasa Inggeris dekat KL ni,kursus apa?Kursus untuk melatih guru-guru Sains dan Matematik untuk mengajar dalam BI.Maknanya,awek aku,seorang cikgu BI,kena melatih cikgu SnM dalam BI untuk PPSMI.

    Perbualan kitorang lebih kurang camni (tapi aku sedapkan sikit dengan ayat-ayat romantik dan panggilan I&U):

    Aku : (Tengah makan bihun goreng ada ayam goreng) Slurp,slurp,sedapnya bihun.Sayang tak makan ke?

    Ayang : Tak.U tau ke PPSMI memang akan dijalankan?Tunggu masa nak announce je ni.Jabatan semua memang dah tengah ready aje.(tetibe muka hangin,mungkin dia jeles tengok aku makan ayam,dia takleh makan ayam,nanti allergic)

    Aku : (Apsal tetibe cerita pasal PPSMI lak ni?)Mana tau?

    Ayang : Tadi,kooordinator kursus announce.Siap pesan kat semua cikgu,"Biarkan dia semua bergolek atas jalan ke,,merusuh ke,berperang ke,yang penting tugas kita jalan ikut arahan"

    Aku : Bior benor dia cakap camtu.Cikgu-cikgu takde ke cakap apa-apa?

    Ayang : Takde,semua senyap aje.Menurut perintah.

    Aku : Sayang,U rasa PPSMI ni berkesan ke?

    Ayang : Tah la baby,kalau ikut statistik,sekolah-sekolah kat bandar result dia memang maintain,cuma sekolah2 luar bandar dengan sekolah jenis kebangsaan yang makin teruk.Result memang menjunam jatuh hancur.Memang budak2 tak paham.

    Aku : Apa yang kerajaan buat?Untuk support PPSMI ni?

    Ayang : KPLI dah dijadikan full english masa belajar.Lepas tu cikgu-cikgu SnM dihantar kursus lebih kurang sebulan untuk memantapkan lagi English diorang.

    Aku : Pada pendapat U lah,berkesan ke PPSMI ni?

    Ayang : Mcm I yang kerja kat kampung ni,I nampak budak2 memang makin takut.Nak tanya soalan tak berani,nak cakap pun tak berani.Jadi bila diorang tak paham,diorang diam je.

    Aku : Cikgu-cikgu suka ke mengajar dalam BI ni?

    Ayang : Kalau ikut majoriti nya tak suka.Ye la,kita dah biasa dengan bahasa pengantara kita.Jadi,bila tetiba nak berubah,memang rasa pelik la,benda jadi makin susah.Ramai cikgu bantah sebenarnya,tapi sebab terpaksa buat,kitorang buat aje la.U nak tahu tak satu benda?

    Aku : Ye sayang,apa-apa yang U cakap I akan dengar dan I memang nak tau.

    Ayang : Setiap guru SnM ni akan dihantar sekali seumur hidup untuk ambik exam yang dipanggil Proficiency Test.I pernah jadi fasilitator untuk kursus nak ambik exam ni sekali dulu,ingat tak yang I pernah pegi Melaka 3 minggu tu?U nak tau apa yang mengejutkan?

    Aku : Apa dia baby?

    Ayang : Proficiency Test ni sebenarnya adalah test untuk menguji tahap kemampuan English cikgu-cikgu SnM ni.Yang menyedihkan,soalannya sebenarnya datang daripada test English budak darjah 6,kirenye soalan level UPSR.

    Aku : ...And?

    Ayang : Ramai cikgu SnM ni tak boleh nak jawab,bayangkan soalan tu level darjah 6.It's shocking!(Sambil tangan buat gaya kena kejutan elektrik,Bzzz,Bzzz)

    Aku : Apa jadi dengan Cikgu yang fail test tu?

    Ayang : Diorang akan ada chances la ambik balik test tu.Tapi bila sampai berapa kali fail jugak,maknanya diorang akan hilang kelayakan mengajar SnM.

    Aku : Walaupun diorang ada Degree in Chemical Engineering ataupun Degree in Hardcore Mathematics?

    Ayang : Yups.Diorang akan dianggap tak layak mengajar dan akan dibagi subjek-subjek lain sebagai ganti.Dekat sekolah I,result SPM cikgu-cikgu ni pun kebanyakannya English dapat 9,8...camne la dengan kursus sebulan nak repair benda yang dah berapa tahun tak berapa cerdik.

    Aku : Sayang la,sebab qualification dah ada tapi sebab tak bagus English,habis.Makin kurang la golongan cikgu yang berkualiti mengajar SnM ni nanti.

    Aku pun menghirup milo ais aku dengan tenang,sambil otak berpusing berfikir.Mata aku dengan pantas melihat sekumpulan gadis-gadis melayu yang berpakaian ketat menampakkan tubuh badan.Awek aku perasan jadi aku terpaksa meneruskan perbualan....

    Aku : Jadi,sayang,pada U,are we ready for PPSMI?

    Ayang : Nope.Cikgu memang tak ready dan tak suka mengajar dalam English kalau ikut respons masa kursus. Ramai membangkang tapi tak berani nak berusara,maklumlah,pekerja Kerajaan.

    Aku : Jadi,PPSMI memang akan diteruskan?

    Ayang : Ya,kalau ikut kata-kata orang Bahagian Pendidikan,PPSMI akan diteruskan.Tapi tak sure,tunggu masa je kot nak announce,decision dah dibuat rasanya,nampak gaya macam diteruskan.Kursus I baru balik ni pun,kan pasal penerangan macam mana peranan guru2 English untuk membantu menjayakan PPSMI?Jadi,nampaknya,PPSMI ni memang akan maintain.

    Aku : Baguslah.Boleh kita namakan anak kita nanti Kate Beckinsale binti Mantot.Takdelah masyarakat memandang serong dekat kita nanti.

    Ayang : U pandai kan?SPM Gred 1 kan?

    Aku : Ak aah.(Muka bangga)

    Ayang : Apa dia perkumuhan dalam Bahasa Inggeris?

    Aku : ....err.....er......digestion?

    Ayang : Itu pencernaan,mangkuk!U stupid adorable big man!Kalau U pun tak tau apa lagi budak-budak sekolah rendah.

    P.S - Jadi,soalan kuiz untuk hari ni,tanpa bukak internet buat research,apa dia "perkumuhan" dalam Bahasa Inggeris?

    Aku tau apa aku tulis ni nampak macam tak serius tapi yg penting point dia...dan perbualan ni bukan rekaan aa.Memang situasi PPSMI ni kepada seorang guru membuatkan guru-guru berasa tertekan.,guru Sains dan Matematik ke mahupun guru Bahasa Inggeris.

    Itu lah yang aku dapat tangkap dari muka awek aku tengahari tadi.Dia tertekan sbb dia tengah sambung master,dia still mengajar full time kat sekolah..dan dia akan kena pegi mengajar cikgu-cikgu SnM ni tanpa dapat apa-apa imbuhan kecuali claim duit minyak.

    Dan aku tidaklah seromantik dialog yang aku tulis tu.
    hampeh
    hampeh
    Ahli
    Ahli


    Number of posts : 866
    Registration date : 28/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by hampeh Sun Mar 15, 2009 4:17 pm

    kalau golongan cikgu2 bahasa inggeris pun mengharapkan kursus untuk memantapkan kemahiran bahasa inggeris dorang (tanpa belajar/buat kajian/tambah ilmu sendiri2) untk mengajar budak-budak memang Rolling Eyes la...

    Golongan cikgu-cikgu pun tak bersemangat nak mengajar... alamat murid-muridnya ???



    Bukan semua cikgu perangai camni tapi berdasarkan dialog kat atas tu (kalau betul la), kita boleh nampak kualiti cikgu-cikgu kita camne .
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Mon Mar 16, 2009 2:57 am

    benchoz wrote:aku rase bnda ni ade baiknye...coz...cbe kite fikir..malaysia ni ade pelbagai kaum kan...
    so far...cam membe aku la...die ni singh...so bahasa melayu die kureng sket...tapi dalam bahasa inggeris die bagus...lagipun..aku bukan nak banggakan bahasa ingeris..bahasa ingeris lagi senang difahami...kite tgk sekarang nih...klau budak2 tadika bleh cakap melayu...kite tak rase pape..tapi klau dorang leh cakap bahasa inggeris..jujur aku kate..aku memang respect..sbb..dekat situ kite da leh tunjukkan bahawa...anak melayu or ape2 bangsa sekalipun...kecik2 lagi da pandai...kan?
    Inilah sebabnya aku x stuju! Aku sering berjumpa dengan pelancung dari Indon (cina,India dll) kalau orang cina warganegara indon, kadangkala aku tertukar dengan melayu. Sebabnya... mereka bercakap dlm bahasa melayu indon yang x sedikitpun pelek. Pernah anak sepupu aku yg tinggal kt kl balik kg. aku suruh ambil bekas abu rokok (ashtray), tau apa katanya? "apa benda tu pak ngah"?
    benchoz
    benchoz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 63
    Age : 39
    Location : Dekat Umah
    Job/hobbies : aku tgh cari membe nak duk ngn aku kat Brunsfield
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by benchoz Mon Mar 16, 2009 3:43 am

    muraicherang wrote:
    benchoz wrote:aku rase bnda ni ade baiknye...coz...cbe kite fikir..malaysia ni ade pelbagai kaum kan...
    so far...cam membe aku la...die ni singh...so bahasa melayu die kureng sket...tapi dalam bahasa inggeris die bagus...lagipun..aku bukan nak banggakan bahasa ingeris..bahasa ingeris lagi senang difahami...kite tgk sekarang nih...klau budak2 tadika bleh cakap melayu...kite tak rase pape..tapi klau dorang leh cakap bahasa inggeris..jujur aku kate..aku memang respect..sbb..dekat situ kite da leh tunjukkan bahawa...anak melayu or ape2 bangsa sekalipun...kecik2 lagi da pandai...kan?
    Inilah sebabnya aku x stuju! Aku sering berjumpa dengan pelancung dari Indon (cina,India dll) kalau orang cina warganegara indon, kadangkala aku tertukar dengan melayu. Sebabnya... mereka bercakap dlm bahasa melayu indon yang x sedikitpun pelek. Pernah anak sepupu aku yg tinggal kt kl balik kg. aku suruh ambil bekas abu rokok (ashtray), tau apa katanya? "apa benda tu pak ngah"?

    tgk la jugak...mne la tau parent dorang tak merokok or tak dedahkan ngn benda2 camni...mne die nak tau...ko pun satu...kids nowdays..jgn ajar dorang benda2 tak elok...parah nanti mase depan dorang..education starts from home..berbalik pada topik..bhasa ingeris bukan lah satu isu yang kne diperbesarkan...benda ni da lame da..cme kite..bangsa melayu...kne martabatkan bahasa kita sendiri...camne kite nak naikkan bahasa kita sendiri klau menaip [cam aku ni ha] gne bahasa pasar lagi?n..DBP pun huru hara..pakai cedok bahasa ingeris pastu dimelayukan...bahasa melayu jadi bahasa keempat dalam dunia yang digunakan...cbe ko google..aku rase ade certain negara yang gne bahasa melayu sebagai subjek utama dalam pembelajaran sekolah dorang..klau tak silap aku lah...dunia hari ni..benda yang penting kne letak kat depan..agama,pelajaran,kehidupan...dorang belajar bahas ingeris tak bermakna dorang kuar dari islam..lagipun..exam kan ade bahasa melayu skali?n..teacher sekarang pun...bukannye terangkan something all 100% dalam Bi...klau ko betul2 risau pasal nih...setiap kali ade mesyuarat pibg sekolah anak ko...ko g n bagi usul supaya cikgu sains n math ajar dalam dwibahasa...mak bapak aku wat camtu...n usul tu diterima..sbb kawasan sekolah luar bandar...takkan cikgu2 tak paham...tapi ape kesan positif aku dapat lihat sekarang...adik aku..dulu Bi die teruk...tapi sbb kitorang motivate die...bagi die paham klau die tak paham Bi...die tak leh lulus sains n math...sekarang...Bi die dapat antara highest mark dalam class...cara motivate banyak..kitorang tak push...bagi syiko sket..lagi satu..latihan untuk pada yang lemah Bi...kan cite melayu die de bagi sub Bi kan?korang dengar dan baca la...payah sangat ke?


    p.s : Bahasa Melayu Or Bahasa Malaysia?
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Mon Mar 16, 2009 9:16 am

    ok, kalau dalam jadual masa untuk belajar matematik dengan sains
    kita nak belajar matapelajaran tu ke nak belajar BI? Jadi apa sebenarnya peranan pengajar BI kita? goyang kaki dan mengharap guru2 matematik dan sains membantu meningkatkan prestasi BI murid2?

    tumpukan pada satu. Jangan nanti satu apa pun tak dapat, nak belajar BI sangat, jadi bodoh matematik dan sains.
    Jangan nanti yg bakal pandai matematik dan sains tak dapat nak pandai sebab BI menghalang. Jangan nanti sedikit bilangan sekolah2 bandar dapat hasil bilangan pandai BI, tapi bilangan besar sekolah2 luar bandar morosot dalam menghasilkan pelajar2 yg paham matematik dan sains.

    Jangan sebab guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Jangan sebab nak mengagungkan BI, keputusan Matematik dan Sains diabaikan.
    DoomHammer
    DoomHammer
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 49
    Age : 45
    Location : Banting-USJ-Shah Alam
    Job/hobbies : Gaming/Main dgn anak2
    Registration date : 11/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DoomHammer Mon Mar 16, 2009 11:09 am

    Aku nak berkongsi pengalaman aku masa kerja berulang-alik kat Thailand 2 bulan lepas.
    Kejadian ni berlaku masa aku kat Airport nak balik ke Malaysia.
    Aku cari surau nak sembahyang zohor dan aku jumpa sebab ada signboard gambar org duduk bertahyat dan ada tulis Muslim Prayer room dalam bahasa English & Siam. Aku pun masuk kemudian berselisih dgn seorang mat saleh berseluar pendek keluar dari surau tue. Aku pegi kat kat tempat berwudhuk dan tercium satu bau kat situ -bau hancing, rupanya mat saleh tadi kencing kat tempat wudhuk tu sebab dia ingat itu tempat kencing toilet. Hati aku rasa panas semacam aje Mad. Lepas aku ambik wudhuk, ada sorang lagi mat saleh berseluar pendek masuk tegur aku dalam bahasa French. Dia bagi isyarat tangan letak tepi pipi sambil lentokkan kepala dia sambil cakap French, aku rasa dia tanya 'ini tempat tidur ke?' dalam bahasa dia. Aku bagi tau ' Sorry, this is not sleeping room. This is Moslem Prayer room'. Dia tak paham, dah sah mat saleh French ni tak faham English & tak tau baca English. Selepas beberapa ketika adegan itik bercakap dengan ayam scratch, sorang lagi mat saleh berseluar panjang masuk . Mat saleh ni rupanya French jugak tapi dia muslim (nak sembahyang zohor mcm aku gak). Dia yang tolong 'explain' baru mat saleh 'kapiaq' ni keluar -lega rasa hati aku.sunny

    Moral of the story: Carilah sendiri, semua dah besarkan?
    Very Happy
    DRS
    DRS
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 69
    Registration date : 20/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by DRS Mon Mar 16, 2009 11:37 pm

    DoomHammer wrote:
    Moral of the story: Carilah sendiri, semua dah besarkan?
    Very Happy

    Terer BI pun tak guna dlm hal ni, nak kena bejar bahasa french pulak. Tengok le negara mcm france dan jepun pun boleh maju tanpa BI
    amirul84
    amirul84
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 60
    Age : 39
    Location : ~seremban~dublin~kl
    Job/hobbies : Engineer ~ Computer
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by amirul84 Tue Mar 17, 2009 12:56 am

    rupanya ramai yang menyokong PSSMI ni yek...aku tak la pandai berkata-kata...tapi dengan pandangan yag diberikan oleh Prof Dr. Awang Sariyan..Profesor Diraja Ungku Aziz...Tan Sri Abdul Rahman Arshad..Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said..Mantan Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)...Prof. Emeritus Datuk Dr. Ishak Haron..Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin...Dato’ Dr. Hassan Ahmad....Prof Dr. Zainal Abidin Wahid..dan ramai lagi cendiakawan negara yang menentang PPSMI ini...

    mereka semua adalah para pengkaji bahasa..dan mengapa mereka membantah PPSMI???..kita boleh memberikan pandangan dengan bedasarkan pengehtahuan kita..dan para cendiakawan ini membantah PPSMI adalah bedasarkan kajian mereka...kita seharusnya membaca dan mendengar pandangan mereka yang mengkaji perkara ini untuk kita fahami apakah isu yang berlaku terhadap PPSMI ini...

    bukan bermakna menolak bahasa inggeris....kaedahnya adalah dengan memantapkan serta meninggkatkan pempelajaran dan pengajaran subjek Bahasa inggeris kepada para pelajar...contoh di depan mata..pilipina melaksanakan PPSMI dalam pembelajaran mereka..jepun..korea..china...menggunakan bahasa ibunda mereka dalam pembelajaran sains dan matematik..lihatlah negara mereka dan philipina...fikirkanlah dengan sedalam-dalam...

    inginkah anda berbangga kepada anak anda sekiranya ujian sains dan matematik anak anda lulus dengan markah 20/100?...fikir-fikirkan lah...
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Tue Mar 17, 2009 1:40 am

    Secara peribadi, aku setuju perlaksanaan PPSMI, tapi dalam keadaan bersyarat, iaitu perlu diberi kebebasan untuk memilih laras bahasa yang digunakan, dan dalam keadaan tertentu elok diterapkan elemen dwi bahasa yang mudah, pada masa yang sama penggalakan terus dilakukan. Sebab aku percaya tujuan utama PPSMI bukan untuk memartabatkan bahasa Inggeris atau menjatuhkan bahasa kebangsaan, tetapi untuk menguatkan penguasaan ilmu sains dan matematik yang sekarang ni sumbernya banyak dikuasai melalui bahasa tersebut. Jangan tengok Jepun, Jepun dah maju sejak beratus tahun dulu, itupun pada keadaan tertentu mereka juga belajar bahasa asing dan menghantar pakar untuk belajar teknologi luar. Jangan tengok China, kekuatan tenaga manusia mereka adalah yang paling besar di dunia. Jangan tengok Filipina, kelemahan mereka bukan disebabkan penggunaan pengajaran bahasa Inggeris dalam matapelajaran, tapi disebabkan elemen disiplin masyarakat yang tipis, kegoyahan agama, kegoyahan politik dan keterlaluan dalam menerapkan budaya luar. Jangan tengok Thailand, guna bahasa sendiri pun negara tunggang langgang. Kesimpulannya, dalam semua senario, punca jatuh bangun bukan disebabkan hanya satu elemen saja.

    Berdasarkan kepada pemerhatian tersebut, bukannya bermaksud pembelajaran dalam bahasa kebangsaan adalah satu kelemahan, tetapi jika kita nak lebih, maka gunakan kelebihan yang ada. Sebagai contoh, bila PPSMI dilaksanakan, ibu bapa yang mahu terbaik untuk anak akan mula mendedahkan mereka dengan bahasa tersebut. Walaupun ibu bapa orang kampung (orang kampung sekarang pun dah ramai yang pandai bahasa Inggeris, jangan pandang rendah), contohnya terapkan nilai tersebut melalui sumber-sumber yang boleh didapati sejak kecil. Melalui pengalaman sendiri, sejak kecil dulu aku tak guna pun bahasa Inggeris bila berbual dengan mak bapak, tapi diorang tiap-tiap bulan langgan Readers Digest, kekadang aku baca, bila tak paham aku tanya, kekadang ada topik-topik yang boleh aku paham lalu diorang suruh aku baca. Sejak kecil aku dah mula belek-belek Childrens Britannica yang memang laras bahasa dia mudah. Petang-petang sebelum keluar main aku layan kartun, yang pada masa tu memang bahasa Inggeris, mana ada alih-alih bahasa masa tu, kekadang layan Sesame Street.

    Bila telinga dah biasa dengar, maka nak mendalaminya jadi tak susah. Ada juga rakan di sekolah rendah yang sukar belajar bahasa Inggeris sebab masa prasekolah tak didedahkan. Ada juga di sekolah menengah sukar belajar bahasa Inggeris, sebab di sekolah rendah tak ditekankan pembelajarannya. Ada juga di universiti tak faham bahasa Inggeris, sebab kesempatan sekolah menengah tak digunakan untuk mendalami bahasa tersebut. Ada seorang rakan semasa di IPT dulu, memang jahil bahasa Inggeris, tapi dia belajar sikit-sikit, akhirnya mampu gunakan bahasa tersebut walaupun tak sepandai orang lain, salah satu caranya dia banyak main permainan komputer yang memang dalam bahasa Inggeris. Moralnya, ada pelbagai cara nak belajar bahasa tersebut, cuma kita saja yang tak cari. Namun tak dinafikan yang sebenarnya lebih mudah belajar bahasa tersebut jika dimulakan dari awal.

    Pendek kata, nak seribu daya, mahu seribu cara, tak nak beribu-ribu dalih ler yang dibagi.
    need
    need
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 258
    Age : 36
    Location : Sarawak
    Job/hobbies : Computer
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by need Tue Mar 17, 2009 8:13 am

    Sains - semua alat2 yang kat dalam bilik makmal sains tu semua dalam BI.. bila di tukar kepada BM alat2 tuh jadi pelik bunyinya. Kenapa dorang tak buat 80% BM dan 20% BI.

    Pembelajaran dalam BM tapi alatan2 yang sepatutnya dalam BI biarkan dalam BI.

    Contoh
    (Toxic - Toksik) (Acid - Asid)
    Perkatan yang hampir sama. Tak payah nak tukar.

    Contoh lain dari segi industri IT
    (Computer - Komputer) Sama jer bunyi.
    (Hardware - Perkakasan) Yang ni pelik. Sepatutnya Keras(HARD) PerangE(WARE) kot.

    Jadi apa yang sepatutnya dalam BI biarkan dalam bi.

    Budak akan belajar dengan cepat kalau perkataan tu tak pelik.
    Alhamdulilah dalam BM tak ada yang pelik kecuali BI yand di melayukan.
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Tue Mar 17, 2009 8:42 am

    need wrote:Contoh
    (Toxic - Toksik) (Acid - Asid)
    Perkatan yang hampir sama. Tak payah nak tukar.

    Contoh lain dari segi industri IT
    (Computer - Komputer) Sama jer bunyi.
    (Hardware - Perkakasan) Yang ni pelik. Sepatutnya Keras(HARD) PerangE(WARE) kot.

    Toksik, asid dan komputer, teknik pengalihan bahasa tersebut dipanggil "peminjaman", dan ada kemungkinan istilah Inggeris tersebut juga dipinjam dari bahasa lain. Perkataan bahasa Malaysia akan berbunyi sama cuma ejaan lain. Hardware pula diterjemah dengan istilah baru. Penterjemahan peringkat sedemikian tiada masalah yang ketara kerana ia masih di peringkat asas. Yang mungkin menjadi masalah adalah penterjemahan dalam peringkat yang lebih tinggi. Contoh seperti yang melibatkan cabangan dari satu perkataan yang menjadi perkataan yang lain. Dipetik dari blog Tun Dr. Mahathir:
    seperti perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut;
    • Oxygenation • Oxidation • Oxide • Oxidants • Deoxydation • Oxidise • Oxidification • Dioxide • Monoxide
    • Peroxide
    Penerangan lanjut berkenaan istilah boleh rujuk kepada blog beliau di:
    http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/pengajaran-dan-pembelajaran-sa.html
    avatar
    mastergie
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 5
    Age : 44
    Location : bachok,kelantan
    Job/hobbies : teacher
    Registration date : 02/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by mastergie Tue Mar 17, 2009 10:34 am

    secara telus, aku tak setuju dengan PPSMI, sebabnya banyak.aku tak nak huraikan cuma aku nak ingatkan kita semua seharusnya berbangga jika hanya satu generasi saja yang rosak dlm sains dan mate ni daripada seluruh generasi rosak. ilmu hanyalah sesuai disampaikan dalam bahasa ibunda....cuba fikirlah sendiri dan tengoklah contoh negara lain yang dah maju spt jepun,perancis thai dll.
    kmicaz
    kmicaz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 197
    Age : 35
    Location : street of puchonk
    Job/hobbies : e'nic , pc and somethink abot it
    Registration date : 08/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by kmicaz Tue Mar 17, 2009 2:42 pm

    pd sy mende ni bleh laksana ikut sikap pelajar ...klu nk di ikutkan perkare ni mesti la seiring dan sejalan ...
    contohnyer software msti ngam ngan driver ...
    x de isu nk ditimbulkan ...x kan nk kate blaja dgn bhse ibunda ite sendri ...
    kte pun x leh nk samekan malaysia cm jepun ..jepun 2 diorg rajin kite ni x tau la nk ckp yg sesetengah 2 ....
    then btol gak kerajaan wt cm 2 ..sbb mmg b.i ni bhsa yg most important skg ni ..
    kesimpulan nyer semue ni letak atas tgn pelajar 2 sndri ...sbgai pelajar apble die tau kne blaja dlm b.i so die kne ade usaha la tok maju kan diri dlm b.i ni ...jgn la ..kte b.i x phm ..x leh nk kte cm 2 gak ..sbb usaha 2 kne ade dan sungguh2 ....dan x leh timbul isu ..jagelah bhse ibunda kite ...jgn mimpi pelajar melayu nk ckp b.i ngan mak & ayah diorg ( kecuali ank2 org lord / mereka yg berpendidikan tinggi /kacukan)....di rumah student2 akn ttp ckp b.m btol x ? ini pndgn aje ...
    kmicaz
    kmicaz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 197
    Age : 35
    Location : street of puchonk
    Job/hobbies : e'nic , pc and somethink abot it
    Registration date : 08/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by kmicaz Tue Mar 17, 2009 2:48 pm

    hahah... xleh gak klu nk 2kar bahase melayu sbgai cth ..sy student elektronik ....
    bler b.i 2kar kpd b.m mmg ssh nk ingat ..contoh ....
    transformer( alat elektronik yg turunkan voltage) , jika kepada b.m die akan jd pengubah ...

    antara lain2 ...: voltan terkonduksi , pemuat , ingatan capaian rawak , cakera liut (kan lawak bunyinyer ) jd ...mmg spe2 yg dh jmpe mende 2 dlm b.i biarkan aje la ..
    dh mmg kte kne ikut ..klu rse nk ubah ..bnyk kne ubah ..buku pelajar u pun bnyk dr silibus org putih ...
    amirul84
    amirul84
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 60
    Age : 39
    Location : ~seremban~dublin~kl
    Job/hobbies : Engineer ~ Computer
    Registration date : 13/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by amirul84 Tue Mar 17, 2009 6:29 pm

    terpulang kepada sesiapa yang menghuraikan pendapat...tapi bagi aku memang aku bangkang dasar yang dibawa ini..aku bangkang bukan bedasarkan pemikiran dan pendapat aku...pada mulanya memang aku sokong dasar ni...tapi setelah membaca artikel daripada profesor-profesor..pakar-pakar bahasa..pakar-pakar matematik..aku yakin yang PPSMI ni memang banyak negetif dari positifnya...pakar-pakar ini bercakap bedasarkan kajian dan research dorang...mereka..mungkin tidak nampak di mata kita....

    tentang nak samakan kita dengan negara jepun atau lain-lain...jepun bukannya terus tiba-tiba maju...mereka juga mengalami fasa kejatuhan dan fasa peningkatan...jika dilihat dari segi pendidikan dan teknologi..memang jauh berbeza walhal kalau nak dibandingkan dengan Malaysia..Malaysia memang banyak keistimewaan berbanding Jepun..dan sekarang mengapa jepun lebih maju dari malaysia???..

    aku percaya..turun dan naik sesebuah negara adalah melalui rakyat negara itu sendiri...dan kemajuan negara itu juga dinilai oleh dasar pendidikan yang dibawa kepada rakyat mereka sendiri...mereka tak ade masalah untuk mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa mereka...dari pengamatan aku tiada satu negara di asia ini yang mengamalkan dasar PPSMI yang berjaya...sila beri tahu aku mana satu negara yang mengamalkan dasar ini menjadikan negara itu maju...ekarang ni dilihat rangking universiti kita di mata dunia...dahulu boleh dibanggakan sekarang ni lihatlah dasar pendidikan yang dibawa...aku bukan tak suka bahasa inggeris...bahasa inggeris memang bahasa antarabangsa...tapi kaedah PPSMI ini bukanlah cara yang terbaik..ramai pakar2..profesor yang menentang..dan yang mencadang hanyalah seorang menteri...

    dan cuba kita lihat skala kelulusan matematik dan sains...kawan aku seorang penanda kertas soalan SPM dan PMR..tahun 2000 dahulu markah lulus 40%...dan sekarang ni markah lulus 20%...nak kata ramai yang lulus sains dan matematik memang la..kalau dah markah lulus dikurangkan juga...inikah yang kita nak...mungkin kesan masa panjang kita tak nampak..kita juga tak sedar apa dah jadi dengan tulisan jawi...tulisan yang dahulunya begitu agung sehinggakan perjanjia pangkor..perjanjian inggeris dengan sultan melaka pun ditulis bahasa jawi..sekarang ini kita lihat apa dah jadi dengan tulisan jawi?padahal pada tulisan jawilah yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu dahulu...dan sekarang ianya semakin hilang....

    maaf kepada sesiapa yang terasa..memang style aku berforum macam ni....aku mintak maaf kalau menyinggung..sama-sama kita fikirkannya...
    avatar
    Nan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 6
    Age : 54
    Location : Perak
    Job/hobbies : memancing
    Registration date : 17/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Nan Tue Mar 17, 2009 8:32 pm

    Bagi aku pulak Sains dan Math tu memang le penting. tapi pelaksanaannya dalam BI tu yang aku kurang setuju. Sewajarnya, subjek BI tu sendiri yang perlu dimantapkan. Contohnya, tambahan waktu dalam pengajaran dan pembelajaran, serta program-program yang bersesuaian bagi menambahkan pengetahuan dan minat pelajar dalam BI. Bila BI dah mantap barulah pelajar kita boleh menguasai subjek lain walaupun aianya diajar dalam BI.Ianya perlukan persediaan dan kajian yang mengambil masa. Bukannya hari ni rancang, esok laksanakan. Selain itu, persediaan guru-guru juga perlu diambil perhatian. Lagipun aku dapat tau , soalan exam seperti UPSR dan PMR pun dibuat dalam dwi bahasa BI dan BM. Pelajar boleh menjawab dalam mana-mana bahasa. So, apa maknanya...

    Selain itu, penguasaan BI bagi pelajar di kawasan bandar tidak menimbulkan masalah kerana banyak pendedahan. Bagi pelajar di kawasan luar bandar,terutama di kawasan yang terpencil mungkin bermasalah sedikit. Janganlah pulak PPSMI menjadi 'pisang berbuah dua kali' sebagaimana yang berlaku kepada TULISAN JAWI setelah dimansuhkan. Rata-rata masyarakat Melayu masakini sudah tidak tahu membaca dan menulis Jawi. Malah, ada yang menganggapnya ketinggalan zaman. Sedangkan, tulisan Jawi adalah sebahagian dari huruf-huruf dalam al quran.

    Walau apa pun, ianya dah dijalankan menghampiri satu dekad. Nak berpatah balik pun agak sukar kerana yang menjadi mangsa keadaan adalah anak-anak kita dan para guru yang mengajar. Sekejap dalam BM, sekejap pula dalam BI. Perbelanjaan untuk PPSMI pula dah banyak dikeluarkan. Justeru itu, fikir-fikirkanlah.....
    fazrin
    fazrin
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 15
    Age : 39
    Job/hobbies : camera
    Registration date : 08/03/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by fazrin Tue Mar 17, 2009 9:39 pm

    setelah 6 tahun baru di bangkang? why... SEBAB masyarat dah buka mata, benda ni tak berjaya, dia org taknak anak2 dia org bodoh dan terus bodo selamanya.

    if anak dia org hancur BI, math ngan sains pun hancur.....

    biar bodo sedikit bi, tapi math ngan sains ok, masih ada peluang sambung belajar.

    org dulu2 pun boleh je kerja bagus2,
    bangla duduk malaysia pun leh cakap malaysia. tak mustahil kite kalau keje kat state leh cakap english ngan baik. jepun boleh maju ngan bahasa sendiri? putera.com pun boleh maju ngan bahasa malaysia? so? kalau nak bangga dengan bahasa english tu, tak payah lepak putera pun boleh, byk forum lam english utk belajar komputer

    kesian, tambah2 lagi anak2 org kampung, anak2 org2 kaya dah biasa ngan bahasa english ni, sebab tu tak berapa kisah.

    so akan jadi, org miskin bertambah miskin & bodo, org kaya terus bertambah kaya & bijak (dan semakin bijak bersosial ikut budaya barat).
    avatar
    adam78
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 17
    Registration date : 15/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by adam78 Tue Mar 17, 2009 9:55 pm

    tak nak comment ,aku sokong PPPSMI di teruskan.
    Sir Pyan
    Sir Pyan
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 175
    Location : S'ban, N9
    Job/hobbies : Kojo apo jo yang halal
    Registration date : 17/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sir Pyan Tue Mar 17, 2009 9:59 pm

    Errr, belajar nak lulus periksa je ke? Rolling Eyes
    muraicherang
    muraicherang
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 160
    Location : klate
    Job/hobbies : pikat burung tino
    Registration date : 21/02/2009

    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by muraicherang Wed Mar 18, 2009 2:40 am

    BI penting BM pun penting. Kalau boleh biarlah seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak rosak!

    Sponsored content


    PPSMI setuju atau tidak? - Page 4 Empty Re: PPSMI setuju atau tidak?

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 10:33 am