cuma gambaran antu die je len.. tp kat negara barat, byk giler urband legend..salah 1-nye, bloody mary
urban legend barat byk sgt...
teri-chan wrote:haah aku pun phm mcm tu.... org kita kalu takut antu slalu pandang atas, pandang pokok la, pandang siling la, ambang tingkap la... kalu jin tu merangkak sure kene pijak hehehe...
awi216 wrote:jauh sangat bezanya, sebab hantu indo tu pompuan aku plak laki2..
Ni satu lagi kisah benar aku nak citer,, Baru je mmber aku citer td. Member aku ni baru balik dari langkawi(2 minggu lepas). Rumah dia kat pendang(kedah jgak). Masa tu memang tengah malam, dalam lingkungan pukul 12 lebih camtu. Kawasan tu kalu malam memang sunyi habiss, yer la kampung kan pastu plak agak hulu sikit. Kiri- kanan sawah padi terbentang luas. Kawasan tu orang panggil tok keling. Member aku plak hari tu, pi bantai bawak moto. So on the way nak balik rumah, tengah dok syok2 kona baring tepi selekoh tu TIBA2!!! dia nampak seorang orang tua pakai lebai dok tepi pokok besar, senyum sambil lambai2 panggil member aku ni.
Member aku tanpa pandang belakang terus je pecut laju balik rumah. 2 hari lepas tu dia pun bukak la cerita kat member serumah dia yg dia nampak sesuatu malam dia balik tu. Belum sempat member aku bagitau benda apa yg dia nampak malam tu, member serumah ni terus je jawab dengan confidentnya "Hang nampak orang tua pakai lebai, duduk tepi pokok besar tu kan"..
Masa tu baru dia tau yg "orang tua" tu dah jadi "Urban Legend" kat tempat tu, semua orang dah tau kewujudan makhluk tu. Makhluk apa? Allah saja yg tahu. Jadi berhati-hatilah bila korang lalu tengah2 malam di tempat bernama Tok Keling, Pendang, Kedah. Yg penting Jangan Pandang Belakang masa lalu kawasan tu....
MalaYneuMaya wrote:
padahal roh org mati mana buleh kacau org hidup..kalu dia kacau pon utk apa? kan sekadar nak menakut2kan/menyesatkan saja..kan tu objektif syaitan...sebenarnya setan la tu..bukannya roh...
wallahua'lam..
hampeh wrote:Tak , maknanya ko dah duduk depan pc lama sangat sampai kena letrik .. wakakakaka
szainizam wrote:ABAH NAMPAK TAK HANTU KAT POKOK TU??
Kisah terbaru..aku tak tahu samada anak aku berimiginasi atau benar2 realiti.
Semalam (malam khamis), selepas maghrib aku n famili pergi ke kiosks mak mertua aku kat puchong. Suka benar anak2 aku dapat berjalan2. Kebetulan masa kami sampai, kiosk mak mertua aku lom buka. So anak2 aku pun berjalan2 sekitar kawasan kiosks tu yang terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai makanan.
Kebetulan berdekatan kawasan kiosks tu ada sebatang pokok besar..entah apa ke namanya terletak bersebelahan dengan bus stop. Anak aku yang kecil sekali (syafiqah) baru 'dapat kaki', so asik berjalan ke sana sini. Siap tak mau dipegang tangan lagi. Memang pokok ni aku rasa ada semacam. Pasal sebelum ni, Syafiqah dikatakan 'tersampuk' dengan makhluk ghaib yang lepak kat situ. Jadi, bila syafiqah ni asik ke nak datang bawah pokok tu, aku pon cuak jugak..siap dia leh marah2 aku bila aku pegang tangan dia..
Bila dah makan nasi lemak kukus lauk burung puyuh, perut dah kenyang..anak2 aku yang aktif ni berlari ke sana sini..bergurau..gelak ketawa ngan mak sedara dia (adik ipar aku) cam takde orang lain kat situ. Dah ler..kawasan tu bersebelahan jalan raya...kang tak pasal2 jer...Tiba2 Along terdiam..matanya asik kepada pokok tu..?..
Bila balik rumah, dalam kereta..aku tanya dia, " nape along tengok pokok tadi?. Dia jawab, "along nampak antu." Aku buat2 tanya lah..nak tenguk dia ceritakan antu tu camner rupanya...sekali dia kata," dia pakai kain putih panjang sampai kaki, rambut panjang, muka warna merah (berdarah la kot) berdiri tenguk along."
Aku dan isteri berpandangan. Perghhh..camtu sekali dia leh 'discripe' (tul ke ejaannya) ..padahal kami memang tak pernah bagi tenguk citer2 seram dan memang kami tak jadikan isu 'hantu' jadi mainan anak2...dan malam tadi, dia tidur di celah kami suami isteri..takut kottt...huhuhu
So..apa pendapat korang..betul ke 'bende' yang dia lihat tu ....? Atau maybe sekadar imiginasi dia..entah la..tapi memang syaitan tu wujud...dan kerja dia..biar kita jadi syirik..takut selain ALLAH.
kindaichi_hajime wrote:lol.
ckp pasal dpn pc aku pn kdang2 toleh gak kiri-kanan-belakang...
hahahaha...
hampeh wrote:Tak , maknanya ko dah duduk depan pc lama sangat sampai kena letrik .. wakakakaka