Forum Sementara Putera.com

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Forum Sementara Putera.com

Bersama kita perkemaskan forum ini sementara forum asal dalam pemulihan.

Forum putera dah kembali. Masalah sudah berjaya diselesaikan. Sila lawati http://forum.putera.com/tanya


+58
anakseluang
gaman80
iznie
sayw
Intel2Core
funkwasabi
heiji
SoNic_ATi
akuccputsedut
LanoG
hairulfadly
khairul anwar
Miss U.A
miss_roxy
mis3catz
Jedi
PinguSpy
ariff360
mjmax15
joeflizo
rinoa1812
ammartok
annamir
Eman Leto
zirbad
ztecon
khairuddin_25
awi216
sawi
the_ultimatez_najman
Mr TR
Aku Tak Sengal
naxe88
mitutoyo
luqolas
redze
ashid
neology
mr_sparrow
Hiruka
fiza_cute
hampeh
shambahar
raidizh AR
kindaichi_hajime
teri-chan
fizzswiss2u
am_eniey
Batista
loy_azloy
KaTaNa
MalaYneuMaya
wanjihan
putrilinz
Hackezkk
szainizam
TOYSЯUS
sharul
62 posters

    korang percaya /pernah jumpa hantu??

    ammartok
    ammartok
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 302
    Age : 30
    Location : Jenderam,Sepang
    Job/hobbies : Godek PC
    Registration date : 06/03/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by ammartok Sat Jun 06, 2009 3:07 pm

    wahaha...ko biar btul jack_sparrow...ak dpt tido lg nenyak...siap dengkur lg...Razz
    ko buat bende laen smpai lupe bnde nie jelaa...n harinie xyah sentuh perkare2 hantu lg...kang mlm nie kali kedue xleh tido...huhu
    avatar
    awi216
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 174
    Registration date : 02/03/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by awi216 Sat Jun 06, 2009 10:15 pm

    Alkisahnya dulu masa dokk hostel sekolah menengah dulu. Sekoleh menengah aku dekat ngan gunung. Secara spesifiknya gunung jerai. Maka suatu malam tu, masing2 bukaklah cerita hantu, sebelum layan tido. Yg ni bukak citer langsuir, yg ni bukak citer jumpa pontianak, yg sorang ni plak citer pasal hantu makan katak..

    TEngah dok asyik dan khusyuknya bercerita TIBA2 !!!!! aku dan member2 aku yg lain dikejutkan bunyi kuat angin berlalu pergi. Aku yakin semua masa tu nampak apa yg aku nampak, satu entiti terbang sebesar manusia biasa. Aku ngan member aku yg lain semua terdiam. Pastu terus tarik selimut tido. Seram siot...

    Aku pernah dengar orang crita yg kononnya benda yg kami semua nampak tu sejenis burung yg makan bangkai. Burung ni duduk atas gunung, keluar cari makan tengah malam, balik sarang sebelum subuh. Tak tau la betul ke tidak wujud nya binatang camtu. Yg pasti, pengalaman malam tu memang syiok dan menyeramkan. harharhar Very Happy
    joeflizo
    joeflizo
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 5
    Location : Dari Depan Laptop !
    Registration date : 01/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by joeflizo Sat Jun 13, 2009 10:35 pm

    aku rasa...
    untuk lebih ilmiah...
    guna je jin...
    sbb hantu2 nih mengundang perselisihan pendapat...
    mayb bagi kita hantu=jin=syaitan...
    tp bg sesetengah org...
    jin n syaitan lain...
    hantu lain...
    so bila bercakap pasal hantu...
    org2 macam nih sure la nafikan kewujudan hantu...
    bkn maknanya dia x caya perkara ghaib...
    sbb dia mmg anggap hantu tuh bukan dr kalangan jin/syaitan...

    aku klu video2 hantu tuh aku kurang skit nak caya...
    kecuali yg btol2 punya rekod yg aku yakin x diedit...

    aku lagi suka video2 perubatan islam jenis mcm nih:

    https://www.youtube.com/watch?v=QxF_KYPV8iM

    try tgk...
    ada 10/11 part smua...
    part 11 missing...

    yg nih nyata la angkara jin/syaitan...
    aku rasa nih antara video perubatan islam yg trerbaik aku tgk...
    enjoy show...

    p/s: nasihat aku --> TOLONG TENGOK MALAM2 SORANG2...BARU KAWW !! LAGI2 TIME KI...KI...KI...BUNYI PONTIANAK !! MEREMANG.... Shocked
    szainizam
    szainizam
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 398
    Age : 48
    Location : opis/umah/kedai OneDropPerfumes..mailah!
    Job/hobbies : Peguam Syarie
    Registration date : 15/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by szainizam Sun Jun 14, 2009 6:06 am

    Aku tak tenguk sampai habis pun, setakat part 6 je
    part yang ade sound kikikikikikiki tu seram gak ek...leh siap tolkan tudung lagik tu...
    asik2 makcik pakai tudung kuning je..siap ader makyung tu..
    apa2 hal..jangan menyekutukan ALLAH..tiada yang berkuasa melainkan ALLAH cheers
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sun Jun 14, 2009 6:44 am

    Eyy. Kesiannya makcik tu.. Lebih kurang macam makcik saya.
    Makcik saya pun ada yang kena sihir. Tu pasal saya percaya benda-benda ni. Sebab dah ada contoh tengok depan mata sendiri. Kalau dengar dari mulut orang susah nak percaya.

    Kesian makcik saya tu, 15 tahun dah kena. Berubat banyak kali, elok kejap pastu kena lagi. Jahat betul orang. InsyaAllah sekarang dah sihat sebab orang yang "buat" tu dah menyahut panggilan Ilahi. Minggu lepas kitorang hantarkan dia berubat InsyaAllah buat kali yang penghabisan.
    Al-kisahnya orang tu bela hantu raya. Pastu nak transfer kepada makcik saya tu. Makcik saya tak nak.

    Setiap kali berubat, apa yang u all tengok dalam video encik joeflizoe bagi tu la yang berlaku. Makcik saya meracau-racau tak tentu pasal.
    Yang "bercakap" tu bukan pesakit, tapi benda yang menyakat tu.
    Macam kisah makcik saya tu, bawak pergi berubat, tanya2 nama baru la dapat tahu siapa yang punya angkara.
    Dier citer, hari-hari nampak "benda" lari-lari dalam rumah dia. Huhu mula-mula kami pun macam tak percaya, orang sakit biasanya tak sedar apa yang dia cakapkan.
    Pastu minggu lepas bawa jumpa ustazah tu, dia siap tanya "kat rumah ada tak?".
    Baru la kita orang tahu rupanya apa yang makcik saya cakap tu betul.

    Ade sekali tu (tahun lepas kot), pergi bawa berubat dengan ustaz, best jugak ceritanya. Tapi malas pulak nak cerita sekarang. Ustaz tu siap buat solat jenazah lagi kat surau, sebab "benda" tu dah kena bunuh. Huhuhu.
    mjmax15
    mjmax15
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 522
    Location : Heritage Waterfront City
    Job/hobbies : D-Sign-Ner / PC Gaming
    Registration date : 14/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by mjmax15 Sun Jun 14, 2009 11:12 am

    nie antara pengalaman...
    1- adik aku tgk tv sorang2 kat ruang tamu agak kul 9 gtu lah. masa tu x der org, semua keluar mkn kecuali aku duk kat tingkat atas. tetiba dia dgr ada org panggil nama dia.
    masalahnya mmg dekat giler suara tu mcm duduk sebelah dia aja dgn nada separuh berbisik.
    suara tu dia x cam pun saper..dia pun apa lg..bergegar tangga naik jumpa aku..wahahahak..

    2- msa tu aku dgn adik aku sama2 pulang kerja lebey kurang pukul 8.40pm lebih gitu.
    bahagian depan & sisi rumah aku ada sliding door tinted tapi masa tu x der langsir, so mmg nampak lah dlm rumah yg cerah dgn lampu.
    bila masa masuk aja kereta ruang garaj, tetiba aku nampak kelibat lelaki yg betul2 sama dgn bapak aku sedang jenguk kat sliding door dgn gaya & keadaan fizikal yang sama. sebijik.
    bila kuar kereta aja..aik...mana kereta bapak aku?..dah kuar rupanya kul 8 td..isk..sapa plak tadi? masalahnya adik aku pn nampak & describe sama mcm aku.
    nk kata reflection xmungkin sbb kita boleh nampak terus dlm rumah sbb x der langsir.
    objek tu mmg betul2 timbul.
    last2 bapak aku taw esoknya terus wat 'pendinding' rumah.."!@#$%^& punya setan nk tiru gaya aku plak" katanya.hehehe
    lepas kes tu dah x der lagi dah gangguan mcm ada org berlari naik-turun tangga, suara misteri, kucing aku melilau tgk sesuatu..
    ariff360
    ariff360
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 214
    Age : 33
    Location : ambo anok kelate..asal ore pasir mas..demo?
    Job/hobbies : kelih ore..cari ore..make ore..
    Registration date : 19/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by ariff360 Sun Jun 14, 2009 11:33 am

    aku xpercaya pada hantu..ntah r nak kate wujud ke x..tp,yg pasti,aku xde masalah bile duk sorang2 kt umah aku..maklumlah,asal umah arwah atuk aku..ayah aku pnah nampak2 bnda ni sume,tp aku xpnah..so,xtaw laa nak caye ke x..
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sat Jul 11, 2009 8:07 pm

    Salam.

    Ok ni aku ada pengalaman baru...err..agak mistik....tapi aku anggap je la ini satu ujian Allah.
    So aku just nak share dengan korang especially yang berminat dengan cerita2 camni.
    Then kalau nak percaya atau tak tu terpulang kepada kamu semua, sebab aku & family aku pun masih keliru..
    Kitaorang nak percaya pun susah, tapi benda memang dah berlaku. Cumanya masa perkara tu berlaku kami semua tak perasan.

    Part 1
    Al-kisah nya semalam aku, mak aku, dan dua orang adik dia bawa seseorang (so kami berlima) pergi berjumpa seorang Ustaz di Sijangkang, untuk berubat secara Perubatan Islam. So proses perubatan tu ada la antara pukul 6.30pm sampai 7.30pm.
    Then biasa la, dalam proses perubatan tu mesti pesakit akan meracau-racau, dan meronta-ronta. So aku, mak aku, dan dua lagi adik dia terpaksa la tolong ustaz tu pegang pesakit supaya dia terkawal semasa meronta-ronta tu. Selepas selesai tu, ustaz tu cakap benda tu dah keluar dari badan pesakit. Semuanya ada empat ekor. Huhu. Aku ni nak kata takut pun tidak, sebab dah lama sangat pesakit tu sakit, so kami pun dah biasa dengar benda2 macam tu. Cuma kena lebih berwaspada la, jin dan syaitan kan dah janji nak menyesatkan dan memecah belahkan anak Adam.
    So sebelum balik, ustaz tu beri la kami beberapa doa untuk diamalkan supaya benda-benda tu tak dapat ganggu lagi (InsyaAllah).
    Kalau ia nak ganggu pun ia tak dapat nak masuk rumah.

    Part 2
    Ok dah sampai rumah, kira-kira jam 9.00 lebih. Rehat2 jap.
    Pastu aku pun macam biasa, masuk bilik, bukak laptop berPDC. Tengah semangat nak berPDC sebab pagi tadi (semalam) ada kes penipuan internet berlaku kat aku, so disebabkan tak sempat nak menulis waktu petang, aku pun tulis la malam tadi tentang kes tu. Time ni kejadian mistik belum berlaku. Then dalam pukul 11 camtu aku pun turun, nak tengok tv. Aku ingat lagi time tu cerita P. Ramlee Tiga Abdul kot kat Astro Prima.

    Time ni la kejadian bermula. Aku tengok tv sorang2. Abang aku tengah siap2 nak main futsal.
    Pastu tengah tengok tv, telefon berbunyi...ring ring ring, ku angkat ku tanya...siapa.
    Oh pakcik aku rupanya. Dia dari Penang nak bermalam di rumah kami. So dia tanya mak aku buat apa.
    Aku bagitau la, mak dah tidur.. Tapi kalau pakcik nak datang boleh jer.. Lagi pun mak dah pesan tadi pakcik memang nak datang.
    Pastu pakcik aku kata dia pegi rumah makcik lagi sorang, tak nak ganggu kitorang. Aku pun cakap OK.
    Then pun abang aku pun turun nak keluar, dia nak gi futsal.

    Part 3
    Keesokan hari (hari ni la, pagi tadi), pakcik aku datang bertiga, dengan anak dan isteri dia.
    Masuk2 terus mak aku soal siasat "laa apasal tak masuk malam tadi.. orang baru je masuk tidur..".
    Pakcik aku cakap "kitorang bukan tak nak masuk, dah siap parking lagi, tapi ketuk pintu kuat2 takde orang pun, rumah pun gelap. Tapi cantik sangat macam villa. Pastu kitorang telefon la, si za (aku) angkat cakap semua dah tidur.. kitorang tak jadi la singgah takut mengganggu lak".
    Aku pun dah tersegan bila pakcik aku cakap camtu. Aku dah fikir bukan2 yang dia ingat aku tak nak jemput dia masuk ke apa.
    Pastu aku pun teringat, time pakcik telefon tu, aku memang ada je kat bawah tu tengah tengok tv, dah lama dah. Abang aku pun nak keluar gi futsal.
    Persoalannya, takkan aku tak dengar dia ketuk pintu? Takkan rumah aku gelap sebab aku tengok tv pasang lampu? Abang aku pun tak dengar sapa2 ketuk pintu. Time dia nak kluar pun takde sapa2 kat luar.
    Kitorang dah pelik sesama sendiri bila aku terangkan macam tu.

    Part 4
    Pastu seorang lagi makcik aku (yang sekali ngan kitorang gi jumpa ustaz semalam) pun datang ngan family dia.
    Datang2 kitorang pun bukak la cerita tadi. Semua pelik2 dan tertanya-tanya iyeke iyeke..
    Pastu pakcik aku yang dari Penang tu cakap, lepas keluar dari rumah aku malam tadi, dia terus ke rumah makcik aku tu,
    pun sama jugak, gelap, macam tak ada orang, masa tu pukul 12.30 la camtu. Pastu suami dia cakap "eh ada la, saya baruu je buang sampah kat luar kul 12.30 tu. Pastu tunggu la kejap kat tepi kereta kot2 korang sampai. Tapi tak sampai2 pun".
    Huhh. Kepelikkan kami semua berganda, apa semua ni?
    Last2 pakcik yang dari Penang tu bermalam la kat rumah makcik aku yang lagi sorang.
    Nasib baik la adik beradik mak aku ada 3 orang duduk Shah Alam ni.
    Kalau tak, pepasal je kena tidur hotel.
    Pelik3..

    Part 5

    Pastu buka2 cerita, cerita punya cerita, mak aku bocorkan satu rahsia.
    Pengalaman dia kat rumah kami ni. Dah lama la bertahun2 lampau, time tu kitorang kecik2.
    Tapi dia rahsiakan je takut kitorang takut nak tidur bilik tu lagi.
    Sekarang dah besar takde nak takut2 lagi dah, penampar Jepun se-das kena tak pasal2 kang.

    Kisahnya, masa tu dia tidur dalam bilik adik-adik aku (dahulunya tu bilik aku ngan abang aku).
    Pastu dia terjaga, nampak satu kotak bEsar sangat (besar dinding gak la kot), warna merah. Tak tau apa bendanya.
    Tengok lagi sekali dah tak ada.

    Then, adik aku pulak bocorkan satu rahsia. Sebenarnya ada satu masa tu, time dia tidur dia kena himpit (biasa la himpit2 ni).
    Pastu time tu juga dia buka mata, dia nampak satu keranda warna merah dalam bilik tu. Terus dia tutup mata balik, takut, sampai tertidur balik.
    Dia pun tak pernah cerita benda tu kat sesiapa sebelum ni.

    Aku dah terkejut beruk! Aku pun angkat tangan untuk bercerita, sebab semua time tu tengah iyeke iyeke.
    Ada satu rahsia yang aku tak pernah bagitau sesiapa.
    Iaitu semasa bilik tu adalah bilik aku, pagi2 masa aku bangun tidur, aku juga pernah sekali ternampak benda yang adik aku nampak tu, keranda merah.
    Terus aku tutup mata, pastu buka balik benda tu dah tak ada, then terus aku cabut lari turun bawah gi kat mak aku.
    Tapi aku takde cerita apa2 la, sebab aku ingatkan tu aku mimpi je. Baru lah pagi tadi aku tahu benda tu bukan aku sorang je yang nampak.

    Apa maknanya tu?
    Jeng jejeng..!!
    Itulah antara ujian Allah nak uji kitorang semua.
    Yang penting sekarang, kita jangan takut benda-benda macam tu, memang kerjanya untuk menakut2kan kita.
    Kalau kita takut, ketawa terbahak2 lah dia semua.

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Taaw3010
    PinguSpy
    PinguSpy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 78
    Registration date : 19/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by PinguSpy Sat Jul 11, 2009 8:14 pm

    hebat Very Happy
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sat Jul 11, 2009 8:15 pm

    Ujian Allah memang hebat2 tak ada siapa boleh tanding.
    PinguSpy
    PinguSpy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 78
    Registration date : 19/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by PinguSpy Sat Jul 11, 2009 8:18 pm

    tp ujian hantu aku x kesah sgt..
    ujian perasaan + money puhhh sakit hehehr Smile
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by Jedi Sat Jul 11, 2009 8:25 pm

    Syaitan, Iblis (laknatullah), jin ada la sebab Al-Quran ada sebut.

    'Hantu' ni manusia yang pandai2 bagi nama.
    PinguSpy
    PinguSpy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 78
    Registration date : 19/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by PinguSpy Sat Jul 11, 2009 8:44 pm

    bukan manusia tp perbezaan bahasa..

    Arab = Syaitan iblis
    Melayu = hantuuuuuuuuuuuuuuuu....
    English = ghost

    Very Happy
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sat Jul 11, 2009 8:56 pm

    PinguSpy wrote:tp ujian hantu aku x kesah sgt..
    ujian perasaan + money puhhh sakit hehehr Smile
    Fuhh tak boleh cakap besar jugak, kena sihir (ujian hantu) sakit oo..
    Macam pesakit yang kitorang tolong semalam tu.
    Fuhh, hari-hari nampak hantu kat rumah dia, hantu mata satu tempang lah, harimau lah, kitorang pun naik muak dengar.
    Tapi kitorang tahu apa dia cakap tu betul. Lagi pun anak dia (tadika) sendiri ada cakap pernah nampak harimau kat rumah,
    nampak ada benda lompat2 naik tangga "kawan-kawan dia tidur je kat atas". Tak ke meremang bulu roma.
    Bayang la budak kecik pun cakap.

    So kitorang hantar la mak dia berubat.
    Ustaz tu pun ada bagitau jin ke syaitan ke memang rupa-rupa macam tu la dia suka, tempang kaki lah, mata satu lah, tak ada muka lah.
    Bila dah sakit (disihir) macam tu, baru la datang ujian perasaan + money, sebab orang moden kata dia gila,
    nak bekerja pun orang dah tak percaya. Kesian.
    Sekarang ni pesakit masih di rumah aku, kitaorang kena 'rehat'kan dia dari kesibukan seperti menjaga anak, suami, dan memasak etc etc, ustaz tu suruh baca doa-doa yang dia beri tu selama 7 hari berturut lepas dia solat Isyak.
    Sebab benda tu 4 ekor, dah dikeluarkan, so berbekas la "tempat tinggal" tu. Fikiran pesakit pun masih bingung (dah satu hari ni taknak makan, tidur je),
    maklum la selama ni fikiran diganggu. So selama seminggu bertreatment ni, memang kena rawatan rapi, kalau kat hospital tu ICU la kira. Huhu.
    Kalau tak rapi nanti "tempat tinggal" tu senang dihuni semula.

    Jedi wrote:Syaitan, Iblis (laknatullah), jin ada la sebab Al-Quran ada sebut.

    'Hantu' ni manusia yang pandai2 bagi nama.
    Betul. Huhu.

    Cuba letak Syaitan Toyol, Syaitan Pocong, Syaitan Raya. Hurm tak kena..tak kena..
    Jin Toyol, Jin Pocong, Jin Raya.. erm.. tak kena jugak..
    Hantu Toyol, Hantu Pocong, Hantu Raya...ha.. baru kena.
    Kalau tak nanti manusia tak kenal orang-orang jahat ni, nanti ramai buat kawan plak. =P
    PinguSpy
    PinguSpy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Number of posts : 78
    Registration date : 19/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by PinguSpy Sat Jul 11, 2009 9:16 pm

    tol tu...

    spesis2 hantu nih pelu di bahagi2-kan
    kalau x susah pening kepla

    Toyol atau nama saintifiknya tympanuchus pallidicinctus = spesis mencuri duit
    Raya = spesis berbulu lebat
    Pocong = spesis bungkus

    Very Happy haha
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sat Jul 11, 2009 9:46 pm

    Cehh, tak tau pulak toyol tu adik beradik ayam. Haha.
    MalaYneuMaya
    MalaYneuMaya
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1044
    Age : 39
    Job/hobbies : kejar biawak, kunyah milo beku
    Registration date : 18/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by MalaYneuMaya Sat Jul 11, 2009 10:29 pm

    assalamualaikum...

    ??????????? wrote:Cehh, tak tau pulak toyol tu adik beradik ayam. Haha.

    tu la..bertindak mengikut ayam la kiranya...(cantik jugak spisis tu)..

    so ada dua cerita la ni? satu psl benda tu ikut lepas balik dari berubat...satu lagi keranda merah tu, mmg dah ada kat umah ko...
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sat Jul 11, 2009 10:36 pm

    Haha. Bertindak mengikut ayam sekarang bererti bertindak mengikut toyol.
    Hurm.. Ye la nampaknya, sepatutnya ada satu je yang ori kat rumah aku ni (keranda merah) tu,
    sekarang dah jadi dua.. Yang bestnya kami tahu kedua dulu baru tahu kisah yang pertama (ori).
    Agak-agak korang, (especially gadis-gadis sahaja), korang akan tidur tak dalam bilik aku adik2 aku tu? 3 orang dah nampak ni. Haha.
    Aku dah plan dah kalau orang datang rumah aku ni nak bagi bilik mana. Twisted Evil
    Jedi
    Jedi
    Ahli
    Ahli


    Gender : Male Number of posts : 925
    Registration date : 13/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by Jedi Sun Jul 12, 2009 12:43 am

    Manusia yang bela jin ni perasan je lebih.
    Dia ingat dia boleh control jin tu macam Nabi Sulaiman A.S.

    Nama khas jin, tapi kita la dok pandai2 bagi nama Hantu Raya etc.

    'Hantu...mana hantu...ada hantu...mana mana...' - Ceplos

    Laughing Laughing Laughing Laughing
    TOYSЯUS
    TOYSЯUS
    Moderators
    Moderators


    Gender : Male Number of posts : 1571
    Age : 37
    Location : Kolam Kering - 3°5′00″N 101°32′00″E
    Job/hobbies : Pembunuh
    Registration date : 27/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by TOYSЯUS Sun Jul 12, 2009 12:55 am

    Tu la, ish ish ish jauhkan lah diri kita dari jin dan syaitan ni, jangann la buat berkawan.
    Walaupun niat kita baik nak jaga rumah, nak jaga kampung halaman, jangann la guna benda-benda ni.
    Bahaya dia bukan datang sekarang, bahaya dia datang 100-200 tahun akan datang.
    Time tu cucu cicit kita yang tak tau apa-apa, kena benda ni bahaya.

    Zaman sekarang ni dah ada polis, dah ada bomba, diorang boleh tolong kita ronda2 rumah kita etc..
    Dulu-dulu ye la tak ada polis, tak ada bomba, jiran pulak sebatu sebatu jauhnya.
    Tu la diorang berkawan dengan jin. Lagi pun kurang pendedahan tentang benda macam ni Ish ish ish.

    Huhu jauhilah dosa syirik.


    Last edited by ??????????? on Sun Jul 12, 2009 11:36 am; edited 1 time in total (Reason for editing : --tertinggal perkataan.)
    teri-chan
    teri-chan
    Moderators
    Moderators


    Gender : Female Number of posts : 2223
    Location : sumwhere kat peta bumi mesia
    Registration date : 13/02/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by teri-chan Sun Jul 12, 2009 9:41 am

    huuu... kalu aku... tdo je kot. sbb aku kalu letak pala mmg sure lena hehehe.. tp kalu terjaga mau bergerak laju gk la jantung gue hehhe...
    avatar
    mis3catz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 138
    Location : the city of catville
    Job/hobbies : buat pahale n dose..
    Registration date : 12/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by mis3catz Sun Jul 12, 2009 5:19 pm

    mmg bruntung ar sape yg penah jmpe hantu nih..
    hu2..
    aku pnah jmpe sekor..
    tp seb baek die x prasan aku..
    he2..
    kalo x........
    miss_roxy
    miss_roxy
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 158
    Age : 36
    Location : KL
    Registration date : 07/07/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by miss_roxy Wed Jul 15, 2009 3:46 pm

    haha.. mcm mane plak die bleh x pasan ko catz..

    antu apakah itu??
    Mr TR
    Mr TR
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Male Number of posts : 162
    Location : from ipoh to kl
    Job/hobbies : freelance streamyx agent
    Registration date : 05/03/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by Mr TR Thu Jul 16, 2009 1:55 am

    a'ah la catz...ko pasti ke dia x nmpk ko??
    nth2 dia perati ko tp ko yg x perasan...
    avatar
    mis3catz
    Ahli Baharu
    Ahli Baharu


    Gender : Female Number of posts : 138
    Location : the city of catville
    Job/hobbies : buat pahale n dose..
    Registration date : 12/05/2009

    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by mis3catz Fri Jul 17, 2009 12:31 am

    tade ar..
    aku mmg kompem die x nampak ako..
    jnis anto tu sdg disiasat..
    he5..

    Sponsored content


    korang percaya /pernah jumpa hantu?? - Page 8 Empty Re: korang percaya /pernah jumpa hantu??

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Nov 18, 2024 6:49 pm